Kerajaan Babylon mengalami kejatuhan pada tahun 539 SM. Selepas terlepas dari cengkaman Babylon, Bani Israel membina semula Baitulmaqdis di zaman Nabi Zakaria AS dan Yahya AS. Setelah 150 tahun Baitulmaqdis kembali menjadi pusat Bani Israel. Namun Bani Israel kembali kufur dan kembali menyeleweng. Mereka membina sebuah pusat agama yang baru – di Bukit Gerizim. Ini diikuti pula dengan kebangkitan tamadun Greek yang mula meresap ke dalam cara hidup Bani Israel. Maharaja Greek Antiochus IV (175 SM) memaksa orang Yahudi menyembah berhala. Walaubagaimanapun mereka bangkit dan mengusir orang-orang Greek. bani Israel kembali membentuk sebuah negara yahudi yang bersatu sehingga 67 SM.
Apabila kerajaan Rom berkuasa, Maharaja Pompey mengambilalih Baitulmaqdis.
Pada tempoh tersebut Bani Israel diperintah oleh Herod yang mewakili Kerajaan Rum. Anak kepada Herod, Herod Antipas telah melakukan pembunuhan ke atas Nabi Yahya AS. (ini adalah kerana Herod Antippas ingin mengahwini anaknya sendiri dan hukum tidak membenarkan. Maka permintaan anaknya ialah agar Nabi Yahya A.S. dibunuh dan kepalanya dipersembahkan kepadanya. Setelah itu bani Israel membunuh Nabi Zakaria A.S., ayahanda kepada Nabi Yahya A.S.). Sejak dari peristiwa tersebut Bani Israel terus ditimpa bencana demi bencana. ia adalah merupakan stau permulaan kepada berlakunya kemusnahan kali kedua seperti yang dirakam di dalam al-Quran
Selepas membunuh Nabi Zakaria, Nabi Yahya A.S. dan orang-orang yang beriman dari kalangan bani Israel, Cucu kepada Herod Antippas iaitu Herod Agrippa pula melakukan pembunuhan ke atas pengikut Nabi Isa AS. Dalang kepada pembunuhan dan penindasan Rum ialah pendita-pendita Yahudi yang korup dan cuba mendekati pemerintah Rum. Mereka sanggup menfitnah Nabi Isa A.S. cuba merampas kuasa dari Kaisar Rum.
Bersambung...
Dr Hafidzi Mohd Noor