Thursday 17 November 2011

Sejarah Bani israel di Baitul Maqdis - Siri 1


Selepas kematian Nabi Musa a.s Bani israel menguasai palestin dan mereka terbahagi kpd 12 suku. Mereka berpecah-belah dan mengikuti kebudayaan orang-orang Kanaanite (tempatan - inilah penduduk asal Palestin, nenek moyang bangsa Arab Palestin pada hari ini. Mereka ini sudah berdiam di sana sebelum Nabi Ibrahim A.S, berhijrah ke Baitul Maqdis dari Meso...potamia (Iraq pada hari ini). Mereka bernaung di bawah kerajaan Philistan dan menyembah berhala. Bani Israel terikut-ikut dengan cara hidup penduduk Kanaan sehingga akhirnya mereka turut kufur dan menyembah berhala. Allah timpakan kehinaan kepada Bani Israel sehingga mereka diusir keluar oleh kerajaan Philistin.

Nabi Sameul telah menyatukan Bani israel dan mereka hidup di bawah pemerentahan yang kuat pada zaman Thalut (1020 – 1004 SM) sehingga dapat mengalahkan Jalut dan Kerajaan Filistin yang zalim. Nabi Daud A.S. yang membunuh Jalut. Bani Israel terus hebat di zaman Nabi Daud AS (1004 – 965 SM) dan Nabi Sulaiman (965 – 926 SM).

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS Kerajaan Bani Israel berpecah dua - Kerajaan Bani Israel di utara (pusat pemerintahan di Samaria) dan Judah di selatan (pusat pemerintahan di Edom; Baitulmaqdis). Bani Isreal kembali kepada cara hidup kufur dan kembali menyembah berhala

Mereka kembali engkar walaupun berkali-kali di selamatkan oleh Allah dan dikeluarkan dari kehinaan yang ditimpakan ke atas mereka.

bersambung...

Dr Hafidzi Mohd Nor
Aqsa Syarif