Wednesday 16 May 2012

Donation drive projek 'One Family One Lamp'


Assalamualaikum wbt,

Bermula hari ini, Israa Institution secara rasmi akan melancarkan donation drive untuk projek 'One Family One Lamp (OFOL)'. Donation drive ini akan dibuka selama 2 minggu sahaja iaitu dari 16 Mei - 1 Jun 2012. Kutipan derma akan disalurkan kepada Aqsa Syarif dan dibawa terus ke Gaza melalui konvoi Aqsa2Gaza7 bermula 10 - 19 Jun nanti. Sila rujuk poster projek untuk maklumat lanjut dan cara pembayaran. Ayuh, jangan bertangguh, mari menyumbang!

Israa Institution
'Palestine in Our Hearts'

[Poster OFOL bagi UK]



[Poster OFOL bagi Ireland]

Tuesday 15 May 2012

Artikel Khas Sempena Nakba oleh Israa Institution

15 Mei 1948 adalah tarikh penting dalam sejarah dunia di mana telah berlakunya peristiwa Nakbah (malapetaka). Pada tarikh ini jugalah negara haram Israel telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri pertamanya iaitu David Ben Gurion.

Palestin di bawah mandat British

Sebelum 1917 (sebelum penjajahan British), bilangan masyarakat yahudi di Palestin adalah kira-kira 50,000 orang dan pemilikan tanah mereka adalah kira-kira 2%. Majoriti daripada mereka berhijrah ke Palestin semasa zaman Uthmaniyyah disebabkan pembunuhan, diskriminasi dan tekanan yang dilakukan oleh Eropah terhadap bangsa yahudi. Mereka memilih Palestin kerana mendapati kerajaan Uthmaniyyah melaksanakan polisi layanan sama rata kepada semua tanpa mengira bangsa. Bangsa yahudi dan arab palestin tinggal bersama, bahu membahu tanpa sebarang masalah. 

Gerakan Zionist antarabangsa juga diasaskan rentetan daripada diskriminasi terhadap bangsa yahudi oleh masyarakat Eropah. Theodor Herzl, pengasas gerakan Zionist berpendapat bahawa terhadap 2 cara untuk menamatkan diskriminasi terhadap yahudi iaitu; (1) meninggalkan budaya mereka secara total dan meng-adaptasi dengan budaya eropah atau (2) menubuhkan sebuah negara atau 'nation state' khusus untuk bangsa Yahudi. Gerakan Zionist kemudiannya memilih untuk menubuhkan negara yahudi di Palestin.

Dari tahun 1917 - 1948 iaitu semasa penjajahan British, bilangan yahudi di Palestin meningkat daripada 50,000 kepada ~500,000. Bilangan ini adalah 30% daripada population Palestin manakala 70% lagi adalah rakyat asal palestin. Pemilikan tanah yahudi pula meningkat daripada 2% kepada 6%. Semua ini berlaku atas sokongan British terhadap projek Zionist.

Resolusi 181 PBB

Apabila British mengambil keputusan untuk meninggalkan Palestin, British telah menyerahkan nasib rakyat Palestin kepada PBB. Ini adalah bertentangan dengan kebiasaan (yang berlaku di seluruh dunia) dan undang-undang antarabangsa di mana hak kemerdekaan dan kedaulatan negara akan diserahkan kepada rakyat tempatan selepas penjajahan tamat (self-determination). British mengetahui bahawa sekiranya hak kemerdekaan diserahkan kepada rakyat tempatan, rakyat Palestin akan mendapat majoriti dan memilih untuk menubuhkan negara Palestin yang berdaulat. Ini juga bermaksud kegagalan projek Zionist.

PBB kemudiannya mengeluarkan Resolusi 181 pada November 1947 yang mencadangkan '2 states solution' dimana masyarakat yahudi diberi 55% tanah Palestin. Perkara ini tidak boleh diterima logik akal kerana lebih banyak tanah diberikan masyarakat minoriti yahudi (30% daripada population dan pemilikan tanah hanya 6%) yang majoritinya berhijrah ke Palestin hanya beberapa tahun sebelum itu. Sebagai rakyat asal dan majoriti, masyarakat arab palestin sudah pasti akan menolak cadangan resolusi ini. Beberapa negara arab juga mengusulkan agar Resolusi 181 ini dicabar di mahkamah antarabangsa, namun cadangan mereka tidak dilayan.

Pembersihan etnik oleh tentera Zionist

Pada pandangan Zionist, resolusi 181 masih lagi tidak mencukupi walaupun secara jelas telah menyebelahi mereka. Ideologi Zionist secara jelas mahukan negara ekslusif hanya kepada bangsa yahudi di Palestin yang pada ketika itu diduduki oleh 1.2 juta rakyat asalnya. Dengan kata lain, yahudi hanya akan mendapat majoriti dengan melakukan pembersihan etnik (ethnic cleansing) terhadap penduduk asal Palestin.

Oleh sebab itu, bermula Disember 1947, pihak Zionist mula menyerang perkampungan Palestin dengan tujuan provokasi dan menimbulkan huru hara. Namun, dari Mac - Oktober 1948, pihak Zionist telah mengambil keputusan untuk melancarkan Plan Dalet (Plan D) yang merupakan plan penghapusan etnik secara sistematik dan besar-besaran. Ini dilakukan oleh 12 brigade tentera Zionist yang mendapat arahan terus daripada David Ben Gurion dan beberapa pemimpin Zionist lain (the consultancy). Matlamat mereka adalah jelas iaitu menyerang, menakluk, menghapus dan mengusir rakyat Palestin.

Nakba adalah impak terus daripada penghapusan etnik yang dilakukan oleh Zionist. Dalam masa 7 bulan sahaja, kira-kira 800,000 daripada 1.2 juta rakyat Palestin (65%) diusir daripada tanah air mereka. Melalui Plan Dalet ini jugalah berpuluh-puluh pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan terhadap rakyat Palestin. Rumah mereka juga dirobohkan dan aset serta perniagaan mereka dirampas.

Reaksi masyarakat antarabangsa

Peristiwa pembersihan etnik yang dilakukan oleh tentera Zionist pada 1948 disaksikan oleh pelbagai wartawan antarabangsa, Red Cross dan wakil PBB. Namun, agensi-agensi ini mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan laporan-laporan tersebut dengan pelbagai alasan. Inilah yang dikatakan sebagai 'the conspiracy of silence'. Kebanyakan editor surat khabar di negara barat tidak menerbitkan kebanyakan laporan kerana tidak mahu mengkritik yahudi terlalu awal selepas peristiwa Holocaust (3 tahun sebelum itu). Red Cross pula atas alasan dilema rasa bersalah atas tindakan mereka yang pasif dan tidak mengkritik Nazi semasa peristiwa Holocaust. PBB pula enggan mengakui bahawa cadangan resolusi 'damai' tajaan mereka sebenarnya adalah resepi kepada kegagalan dan malapetaka. Masyarakat eropah ketika itu menutup mata terhadap kezaliman zionist disebabkan rasa bersalah terhadap diskriminasi yang mereka lakukan terhadap bangsa yahudi sebelum ini. Mereka juga tidak mahu digelar sebagai anti-semitic.

Pihak Zionist pada masa yang sama menyebarkan propoganda kepada dunia bahawa bangsa yahudi berada dalam keadaan genting dan di ambang Holocaust ke-2 (Second Holocaust) di tangan barbaric arab.

Penutup

Pengusiran rakyat Palestin yang dilakukan Zionist pada 1948 telah menimbulkan isu pelarian Palestin. Kini, setelah 64 tahun, pelarian Palestin dianggarkan kira-kira 6 juta dan ini merupakan isu pelarian paling lama dan paling besar dalam sejarah dunia. Kezaliman Zionist juga tidak tamat hanya pada 1948. Perampasan tanah palestin, pembunuhan dan pembersihan etnik berterusan sehingga kini dalam pelbagai bentuk baru. Rakyat Palestin tidak pernah melakukan kezaliman terhadap bangsa yahudi, malah merupakan mangsa kepada projek Zionist. Projek Zionist ini yang disokong oleh kuasa-kuasa barat atas pelbagai kepentingan yang sebahagiannya atas rasa bersalah terhadap kezaliman dan diskriminasi yang mereka lakukan terhadap bangsa yahudi.

Disediakan oleh,

Abdul Rahman Mohmad
Pengarah & AJK Biro Reseach and Training
Israa Institution


Monday 14 May 2012

OFFICIAL STATEMENT BY ISRAA INSTITUTION REGARDING MASS HUNGER STRIKE BY PALESTINIANS


Today, the 14th of May 2012, will be the 27th day of consequtive open ended hunger strike taken by more than 2000 political prisoners detained by terrorist state of Israel. Some of them has been on hunger strike for more than 76 days. They were all detained under the outdated draconian law called 'Administrative Detention Law'. The law states that a person under Administrative Detention could be hold without charge for 6 months and this detention period could be renewed many times over indefinitely. A number or prisoners has been detained for few years using the law.

It has been widely accepted  that a hunger striker generally could not survive beyond 60 days of hunger. The body of a will start to break down stored fat at around day five and proceed to break down muscle and vital organs after 3 weeks. Simply said the body would consume itself. The courage and perseverance shown by the prisoners has surpassed even those of Mahatma Ghandi who hunger strike for 21 days as a protest to the British.

Israa Institution wants to express its full support for Palestinian Prisoners Mass Hunger Strike and we strongly urge the Israeli government to fulfil the hunger strikers’ key demands which include:

    ·  Ending the policy of solitary confinement and isolation
    ·  End to the use of administrative detentions
    · The restoration of visitation rights to families of prisoners from the Gaza Strip, a right that has been denied to all families for more than 6 years
    ·  Cancelling ‘Shalit’ Law which aims to punish Palestinian prisoners after Shalit’s capture by depriving them of family visits, education and holding them in solitary confinement
    ·  Ending systematic humiliation, including arbitrary strip searches, night raids and collective punishment

We echo the statement by Hamas Leader Khalil al Hayya which said that there will be inevitable consequences to Israel if any of the Palestinian prisoners on hunger strike dies in jail. The detainees has legitimate demands in accordance to human rights declaration for treatment of prisoners.

Israa Institution also which to express disappointment in the lack of coverage on this issue by mainstream media. The mainstream media should give the same moral weight as it does to cover other issues.

Israa Institution also urge supporters to keep spreading the news by using social networking such as Facebook and Twitter. It has been known that Israel succumbed to detainee Khader Adnan’s demands after the news of his 66 days hunger strike gained the world attentions. The twitter hashtag #Khaderexists receive top rating around the world. To show support for the current mass hunger strike please tweet and retweet using hashtag #palhunger.

May Allah grant justice to the oppressed.

Prepared by
Azam Che Idris
Public Relations Officer
Israa Institution