Tuesday 4 September 2012

Book review #2: Hamas: Unwritten Chapters



Tajuk : Hamas: Unwritten Chapters
Penulis : Azzam Tamimi
Harga : £7.95 (Amazon UK)
Halaman : 371 muka surat

Buku yang ditulis oleh Dr. Azzam Tamimi pada tahun 2007 ini berkisar mengenai sejarah dan analisis kebangkitan Hamas di Palestin. Dunia secara umumnya menganggap bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan pengganas, tidak ubah seperti Al-Qaeda. Melalui buku ini, Dr. Azzam Tamimi cuba memberikan perspektif yang berbeza, bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan kebangkitan Islam yang menitikberatkan pembangunan ahli, masyarakat dan pembebasan Palestin dari kecaman Zionis.

Buku ini bermula dengan sejarah permulaan Hamas, yang dipelopori oleh ahli-ahli Ikhwanul Muslimun di Palestin dan perkembangan Hamas sebagai sebuah organisasi yang didukung oleh kebanyakan rakyat Palestin, sehingga memenangi pilihanraya umum pada tahun 2006.

Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin memahami asas perjuangan Hamas, peranan yang dimainkan oleh Hamas dalam konflik Israel - Palestin sejak kewujudannya dan perkembangannya sebagai sebuah organisasi yang bermula kecil tetapi kini digeruni musuh dan dikagumi dunia.

Tulisan ilmiah ini merujuk daripada pelbagai sumber dari negara arab dan dunia barat, selain wawancara eksklusif bersama ramai pemimpin Hamas. Ini menjadikannya sebuah aset yang penting bagi mereka yang mahukan catatan yang adil dan berfakta dalam memahami Hamas.

Akhir sekali, penulis turut memuatkan terjemahan kepada beberapa dokumen penting Hamas. Dokumen-dokumen ini memberi peluang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri mengenai Hamas, tanpa dikaburi oleh perspektif berat sebelah media barat.

Secara ringkasnya, setiap ahli gerakan Islam dan mereka yang ingin memahami perjuangan Palestin perlu membaca buku ini!

Ulasan oleh,
Dr. Aliyyah Khuzaini
AJK Biro Research and Training 
Israa Institution