Thursday 20 May 2010

Misi Kasih Palestin Loughborough... berjaya

Loughborough, 15 Mei 2010 – Bertempat di St. Peters Community Center, Storer Road, Loughborough berlangsung nya Misi Kasih Palestin edisi Loughborough. Alhamdulillah program yang bermula dari pukul 6.00 petang hingga ke 10.00 malam menghimpunkan seramai lebih kurang 140 orang hadirin yang majoriti nya dari masyarakat melayu dan brunei loughborough dan yang lain dari komuniti islam di Loughborough.

Program anjuran bersama MSM Loughborough, Masyarakat Melayu Loughborough (MML) dan juga Loughborough Student Malaysia Society (LSMS) merupakan yang julung kali diadakan. Progam ini juga dipromosikan bersama oleh Loughborough University Islamic Society (LSUIS).

Selain daripada ceramah umum, gerai amal yang menyajikan makanan tradisional melayu dan arab hasil usahasama oleh Usrah Helwa MML, komuniti MML dan komuniti Islam Loughborough turut menjadi daya tarikan. Jualan Carboot amal dan gerai Viva Palestina bersempena MKP Lboro turut diadadakan.

Gerai Amal

Carboot Amal
Program yang diperngerusikan oleh saudara Zainal Abidin, dimulakan dengan bacaan ayat suci Al – Quran dari Surah Al-Isra’ : 1 dan disusuli dengan klip video mengenai isu Palestin.

Dengan tema “From Jurusalem to Mecca” Ustaz Maszlee Malik dr Durham memulakan cermah beliau mengenai isu Palestin dan juga berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman beliau sewaktu lawatan beliau di kem2 pelarian di Lebanon.

Ustaz Maszlee Malik
Hadirin khusyuk mendengar ceramah

St Peter Comunity Centre
Sebelum hadirin menjamu selera dan membeli belah sambil menderma untuk tabung MKP. Hadirin diberi taklimat ringkas mengenai Misi Kasih Palestin oleh Pengarah Program saudara Khairul Rahil yang juga wakil MKP di Loughborough.

Terima kasih diucapkan kepada semua individu2 yg telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini. Dari tukang mengelim, melapis, membakar, meng-agar, menjala, membuat nasi lemak, membungkus, menyusun dewan, membuat air, menjaga gerai, mengemas dewan, memberi sumbangan barang2 terpakai, membuat bubur lambuk dan yang utama para hadirin yang tidak lokek membeli sambil menderma.

Menjamu selera sambil menderma

Si cilik juga tidak ketinggalan
Berikut adalah perincian pendapatan, perbelajaan dan jumlah kutipan yang berjaya di pungut semasa MKP Loughborough.

a) Pendapatan
Sumbangan (duit) sebelum hari program: ₤245
Hasil jualan (makanan&car boot) + Sumbangan duit semasa hari program: ₤1,301
Hasil jualan barang-barang Viva Palestin: £52.5
Sumbangan selepas program: £8
Jumlah pendapatan: ₤1,598.5

b) Perbelanjaan
Sewa dewan: ₤88
Berkaitan makanan: ₤40
Kos Goodies Bags: ₤15
Saguhati: ₤80
Jumlah perbelanjaan: ₤223

c) Jumlah keuntungan utk MKP: ₤ 1,383.50
Bayaran sewa dewan telah ditampung oleh KAFA,MML . Bagi tujuan penyedian makanan untuk dijual, bahan-bahan mentah seperti sayuran, ayam, daging, ikan bilis, tepung, santan dan lain-lain telah diperolehi dari pelbagai individu. Selain dari itu, sumbangan tenaga, wang tunai dan barang-barang terpakai juga telah diperolehi dari pelbagai pihak. Dianggarkan hampir 90% modal untuk menyediakan barang-barang jualan (iaitu makanan dan car boot items) adalah sumbangan dari pelbagai pihak.

Secara keseluruhannya, program MKP loughborough ini telah berlangsung dengan baik. Ia bukan sahaja mencapai objektif utama iaitu mengumpul dana bagi tabung MKP, malah telah dapat merapatkan ukhuwah sesama ahli usrah Helwa serta masyarakat umumnya. Semoga usaha ini diterima Allah swt dan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Disediakan Oleh
Mohd Khairul Rahil Idris
MKP Loughborough

Saturday 8 May 2010

Palestine Mercy Mission @ LOUGHBOROUGH


Salam'alaykum

Brothers and sisters are invited to Palestine Mercy Mission event which will be held on 15th May 2010 at St. Peter Community Centre, Storer Road LE115EQ.

There will be a talk by Ustaz Maszlee Malik entitled 'Jerusalem to Makkah'. The speaker is an activist Palestine and the author of Tears of Gaza and Kembara Beirut.

There are also Malaysian Food Stall and Mini Car Boot Sale! All fund raising will be given to Palestine Mercy Mission.

Come and support our brothers and sister in Palestine. They need our help. May Allah grant us with Jannah.

Ameen.

Tuesday 4 May 2010

Pelancaran MKP Ireland

DUBLIN, 8 April 2010 - 

Satu program ceramah Palestin telah diadakan di Trinity College Dublin (TCD). Program tersebut diadakan bersempena pelancaran Misi Kasih Palestin (MKP) di Ireland yang dianjurkan oleh Majlis Syura Muslimun (MSM). Program ini dihadiri oleh pelajar Malaysia seramai 150 orang. Misi Kasih Palestin dicetuskan oleh MSM untuk menjadi salah satu platform untuk para pelajar muslim khususnya dapat bersama-sama untuk memperjuangkan isu Palestin di UK dan Ireland. Sasaran penjanaan dana sebanyak £10,000 menjadi salah satu usaha yang ingin dicapai oleh MKP untuk menyalurkan bantuan terus kepada rakyat Palestin.

Program bermula dengan tayangan video ringkas tetapi berjaya menyentuh perasaan hadirin yang hadir. Beberapa orang mengalirkan air mata melihat penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin terutamanya di semenanjung Gaza. Semoga tayangan video tersebut dapat membangkitkan semangat peserta yang hadir untuk lebih bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu Palestin.

Ceramah yang berlangsung bertajuk “Palestin: Antara Semalam dan Hari Ini” telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Jailani. Penyampaian berkisar tentang sejarah Palestin yang sangat unik. Sejarah yang dihiasi dengan kisah-kisah perjuangan yang tidak pernah padam sehingga sekarang. Hubungan antara Palestin dan umat Islam juga banyak diterapkan oleh penceramah.

Sejarah moden Palestin juga disentuh secara ringkas dimana lebih tertumpu kepada permasalahan yang diwujudkan oleh entiti Zionis. Penindasan, tipu helah, dan rancangan jahat rejim Zionis dibentangkan kepada peserta yang hadir bagi mewujudkan kesedaran dan juga sebagai langkah untuk memastikan peserta arif dan sedar akan ancaman dan kejahatan yang dilakukan oleh mereka.

Program tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab. Namun tidak semua soalan dapat dijawab oleh Ustaz Ahmad Jailani kerana kesuntukan masa. Peserta banyak mengajukan supaya waktu program dilewatkan untuk memberi ruang kepada ustaz bercerita lebih tentang isu Palestin. Ini menunjukkan satu tanda yang sangat baik, kerana tanpa semangat yang berkobar-kobar sukar untuk seseorang itu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan isu Palestin.

Alhamdulillah, program berjaya ditamatkan pada pukul 10 malam. Kutipan derma padaakhir program mencecah 400 euro. Di harapkan MKP dapat dijalankan dengan lebih cemerlang pada masa hadapan. InsyaAllah, mudah-mudahan MKP menjadi salah satu usaha yang berjaya dan berterusan dalam memperjuangkan isu Palestin di UK dan Ireland.

AHMAD AFIQ RHAZIF
Wakil PACEMalaysia di Ireland

mkpeire2010_4
mkpeire2010_2
mkpeire2010_1