Tuesday 12 June 2012

Laporan program Gaza2Manchester

Manchester, 8/6/12 - Sebuah program berbentuk forum  bertajuk ‘Gaza2Manchester’ telah diadakan di Khaled Said Room, University of Manchester Student Union. Forum anjuran Israa Institution ini menampilkan 2 orang panelis hebat iaitu saudara Abdul Azim Ismail dan saudara Umar Ismail bersama saudara Saifullah Suhairi bertindak sebagai moderator. Program yang dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ini telah sedikit sebanyak memberi informasi yang berguna kepada hadirin berkenaan perjuangan kita sebagai umat Islam untuk membebaskan bumi barokah Al-Quds.

Sesi 2 jam ini sarat diisi dengan perkongsian pengalaman ahli panel yang baru sahaja mengunjungi Gaza beberapa bulan yang lepas. Umar Ismail telah menyertai rombongan bersama Misi Haluan Palestin dalam usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk di sana sementara Abdul Azim Ismail pula telah pergi ke Gaza bersama Board of Trustee Aqsa Syarif  dalam program Board to Gaza. Dua misi yang berbeza ini sudah pasti menggambarkan pengalaman yang berbagai dan telah menjadikan forum kali ini lebih menarik.

Antara isi penting forum ini ialah mengajak semua hadirin untuk sama-sama merasai urgunsi menyertai perjuangan yang telah dijanjikan kemenangan oleh Allah ini. Setiap daripada kita sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam menyumbangkan apa yang termampu baik dari segi material dan juga doa yang tidak putus-putus kepada saudara kita di bumi Palestin. Ahli panel juga berkongsi bagaimana masyarakat non-muslim juga telah lama bersungguh-sungguh berkempen dalam isu ini. Malulah kita sebagai umat islam jika tidak turut serta dalam perjuangan yang mulia ini.




Disediakan oleh,
Abdur Rahim Abdur Rahman
Pengarah Program
Gaza2Manchester

Monday 11 June 2012

Sesi perkongsian pengalaman di Gaza oleh Ustaz Lokman Awang


London, 11/6/12 - Kira-kira 80 ahli IKRAM UKE telah menghadiri sesi perkongsian pengalaman di Gaza oleh Ustaz Lokman Awang (Pengerusi Aqsa Syarif Terengganu & YDP IKRAM Terengganu). Beliau turut serta dalam konvoi ke Gaza pada Mei lalu.

Kutipan derma sebanyak £522 dan €62 berjaya dikumpul. Presiden IKRAM UKE, saudara Azman Ali telah menyerahkan kutipan derma tersebut kepada Ustaz Lokman di akhir program.

Penyerahan derma OFOL £3,680

Kajang, 6/6/12 - Wakil Israa Institution, Saudara Mus'ab Shaharom dan Saudari Wan Maisarah Abd Rahman telah menyampaikan sumbangan derma Palestin untuk projek One Family One Lamp (OFOL) kepada Aqsa Syarif. Jumlah derma masyarakat Malaysia di UK dan Ireland yang berjaya dikutip adalah sebanyak £3,680. Jumlah ini membolehkan 245 buah lampu solar ditaja untuk penduduk Gaza. Tahniah dan terima kasih kepada para penyumbang!