Thursday 23 September 2010

Pengalaman MKP bersama konvoi Aqsa2Gaza





Jurnal 2: Konvoi Aqsa Syarif dan VivaPalestina ke Gaza

Assalamualaikum wbt,

18 September 2010; Sebelum bertolak ke Luton (tempat berkumpul van konvoi), kami sempat bertukar-tukar hadiah dengan sukarelawan konvoi ke Gaza. Pada kira- kira jam 8.45 am, kami tiba di sana. Ketika itu, sudah ramai sukarelawan dari pelbagai negara telah tiba dan sibuk membuat persiapan akhir. Kemudian, kami bersama-masa memasukkan  sebahagian barangan komputer termasuk PC, hard disk, server dan printer ke dalam van sumbangan Aqsa Syarif.

Kami juga mengadakan sesi bergambar bersama sukarelawan konvoi diiringi sorakan "Aqsa Syarif, ViVa Palestina" dll. Suasana menjadi sangat bertenaga dan bersemangat. Kami juga sempat interview beberapa sukarelawan. Sebelum bertolak, masing2 bersalaman dan berpeluk-pelukan antara satu sama lain. Sehari bersama peserta konvoi adalah satu pengalaman yang amat berharga. Terlalu banyak mutiara dan nasihat berguna yang kami peroleh daripada mereka. Kesemua ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk menggerakkan lagi program-program Palestin di UK Eire.

Beberapa info mengenai konvoi Misi Kemanusiaan ke Gaza;
  1. Lebih kurang 50 buah van/lori bertolak daripada London. Mereka akan bergabung dengan konvoi lain di France, Italy, Turki dan Syria.
  2. Dijangka lebih kurang 500 buah van/lori penuh dengan barangan akan memasuki Gaza.
  3. Kesemua van/lori ini akan ditinggalkan di sana untuk kegunaan penduduk Gaza.
Kami disini mendoakan agar semua sukarelawan diberi kesihatan yang baik, dijauhkan musibah, diberi kemudahan dan selamat sampai ke sana. Amin.


Abdul Rahman Mohmad
Misi Kasih Palestin
Sheffield

Sunday 19 September 2010

Jurnal 1: Konvoi Aqsa Syarif dan VivaPalestina ke Gaza

Assalamualaikum wbt,



Pada 17 September yang lalu, pihak MKP Sheffield telah bertolak ke Luton, London untuk bersama-sama dengan sukarelawan Malaysia yang akan menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza melalui Viva Palestina Lifeline 5 Land Convoy. Sukarelawan Malaysia terdiri daripada 7 peserta dari Aqsa Syarif Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, Hj. Taufik Abdul Rahman, Hj. Abdul Wahab Yahya, Azmi Katiman, Hj. Norazmi Talib, Ustaz Rofadzlin Jusoh dan Yusuf Ahmad. 3 lagi peserta daripada Viva Palestina (VP) Malaysia iaitu Azra Banu, Norazura dan Faizal.

Objektif kehadiran MKP Sheffield ialah untuk

  1. Menyampaikan sumbangan peralatan perubatan daripada MSM EMSY (East Midlands & South Yorkshire). (klik here for details). 
  2. Menyampaikan sumbangan kewangan £1030 daripada pelajar-pelajar Malaysia di UK Eire melalui Tabung Ukhuwwah MSM Appeal. Sumbangan ini adalah untuk membantu menampung kos perjalanan ke Gaza.
  3. Berkongsi pengalaman gerak kerja program Palestin di Malaysia. 
  4. Beramah mesra dan mengeratkan ukhuwwah.
Kami tiba di Guardian Business Park yang menempatkan van/lori konvoi pada pukul 7.30pm. Kesemua peserta konvoi, Ameer MSM, Abdul Azim Ismail, Timbalan Ameer MSM, Azman Ali dan ahli-ahli MSM dari Bath, Loughborough, London and Southampton turut berada di sana. Kira-kira jam 10pm, kami bergerak ke rumah En. Mahfuz di London untuk makan malam. Pada malam itu, kami menginap di B&B milik Pn. Rozita (klik for details). Kami beramah mesra dengan peserta konvoi sehingga jam 2 am dan kemudian tidur. Keesokkan harinya (18 Sept 2010) adalah hari yang ditunggu-tunggu di mana konvoi akan bergerak dari London ke Gaza. Tunggu laporan seterusnya....


Abdul Rahman Mohmad
Misi Kasih Palestin (MKP)
Sheffield

Friday 17 September 2010

Sumbangan fisrt aid kit dari MKP Sheffield/EMSY

Ketua lokaliti Sheffield mewakili MKP EMSY
menyampaikan first aid kit kepada JK Postgrad MSM

17/9/2010 - Alhamdulillah, MSM Sheffield berjaya mengumpulkan beberapa barangan first-aid kit untuk kegunaan para peserta Viva Palestina Land Convoy VP5 yang disertai oleh seramai 7 orang dari wakil Aqsa Syarif Malaysia.


Insyaallah barangan ini akan diserahkan sendiri kepada Ketua Misi Dr. Zin Kandar di London pada hari Sabtu 18/10/2010 di mana mereka akan bertolak dari London bersama-sama dengan peserta convoy yang lain melalui misi darat sehingga ke Rafah.

Antara barangan perubatan tersebut ialah:

1. Flu relief capsules - 1 box
2. Panadol extra tablet - 2 box
3. Gaviscon tablets - 1 box
4. 8 dressing pads - 1 box
5. 8 conforming bandages - 1 set/box
6. Sore troat relief Halls - 1 box
7. Cleasing surface wipes Dettol - 1 bag
8. Relief coughs & sore troat Care+ - 1 bottle
9. vapour rub - 1 bottle
10. Petroleum jelly - 1 bottle
11. gunting kecil - 1 unit

Semoga sumbangan kecil dan ikhlas ini diberkati Allah dan menautkan ikatan ukhuwwah di atara satu sama lain.

Sekian, wassalam

Ketua projek
Misi Kasih Palestin Sheffield
Abd Rahman Mohmad