Wednesday 31 March 2010

Jom Pergi Charity Dinner MKPalestin!!!


Pada 24 April 2010 ini, Majlis Syura Muslimun (MSM) akan menganjurkan sebuah Majlis Makan Malam Amal Palestin bertempat di Bordesley Centre, Birmingham. Majlis ini adalah salah satu usaha untuk menjana derma bagi rakyat Palestin disamping meningkatkan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu ini. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian adalah dijemput hadir untuk bersama-sama menjayakan majlis Makan Malam Amal ini nanti.

Saksikan video 'Pesanan seorang Ibu Palestin' yang diharapkan dapat menaikkan lagi semangat kita untuk menghadiri Majlis Makan Malam Amal ini. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada semua hambaNya yang perihatin terhadap saudara-saudaranya.



Untuk tempahan tiket, sila hubungi:
Abdul Rahman (Brother) rothman84@yahoo. com   
Zulfa Hanan (Sister) hanan_zulfa@ yahoo.com

** Memandangkan majlis akan tamat agak lewat, para tetamu boleh bermalam di Amanah Mosque yang terletak bersebelahan dengan venue majlis. Sumbangan kepada pihak masjid adalah sebanyak £2 per person.

[misi+kasih2(2).jpg]


“ ...Apa pun harta yang kamu infakkan, maka (kebaikannya) untuk dirimu sendiri. Dan janganlah kamu berinfak melainkan kerana mencari redha Allah. Dan apapun harta yang kamu infakkan, nescaya kamu akan diberi (pahala) secara penuh dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).
( Al-Baqarah, 272)

Monday 22 March 2010

MKP di POP Nottingham... 21/3/2010

Assalamualaikum Wrt Wbt.

Alhamdulillah. ., kita telah selamat berMKP di POP.

POP Nottingham anjuran ILuvIslam telah diadakan di Radford After School Care Centre. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kebenaran kepada team MKP untuk membuka Booth MKP.

Booth mula set up pada pukul 845 pagi.., setelah ketibaan semua barang2 untuk diletakkan dan dijual di booth. Booth MKP ini telah dibantu oleh beberapa orang sisters diketuai oleh sis. Hawa, Faiz dan Hosni.

Oihak MKP telah diberikan slot selama 15 minit iaitu pada pukul 12 tengah hari untuk mempromosikan MKP ini.

Pihak MKP juga dibenarkan mengedarkan tabung kutipan derma dan jumlah yang dapat dikutip ialah GBP 233.16.

Alhamdulillah. ., promosi MKP telah berjalan dengan agak lancar.

Sekian sahaja laporan MKP di POP Nottingham.

Wassalamualaikum Wrt Wbt.

Mohd Faiz Bin Che Hassan
Team MKP Nottingham

MKP di POP Leeds... 20/3/2010

10 minutes with MKP disampaikan oleh Pengarah projek


Alhamdulillah, team MKP Sheffield telah dijemput untuk memberikan penerangan tentang Misi, visi dan objektif kewujudan MKP di program POP Leeds anjuran ILuvIslam yang bertempat di bangunan Parkinson Universiti Leeds bertarikh 20 Mac 2010 hari Sabtu.

Disamping itu team MKP ini juga dijemput untuk membuka booth jualan barang-barang MKP, mengedarkan tabung Palestine dan menjual tiket-tiket Charity Dinner yang akan diadakan pada 24 April 2010 dan mengedarkan profile tentang Majlis Syura Muslimun.


Booth jualan di POP

Booth jualan ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan di atas sokongan dari para peserta POP. Booth ini juga turut dibantu oleh sisters Leeds selaku team MKP Leeds. Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur Peace of Palestine (POP) dan iLuvIslam.

Semoga Allah menganjari pahala untuk kita semua.

Sekian.

Laporan oleh
Wakil MKP Sheffield

Sunday 21 March 2010

Makan Malam Amal utk Misi Kasih Palestin



Rhythm of Palestine
where our hearts beat alike....




Sebagai usaha kita seterusnya utk mengutip derma bagi menjayakan Misi Kasih Palestin 2010 ini, inshaAllah akan diadakan Majlis Makan Malam Amal, yang bertemakan ‘Rhythm of Palestine, Our Hearts Beat Alike’ pada 24 April 2010 nanti. Majlis Makan Malam Amal ini adalah bertepatan dengan Majlis Ilmu Seminar Sistem-Sistem Islam 2010, yang turut diadakan pada hari yang sama, juga di tempat yang sama.


Maha Suci Allah memberikan peluang kepada kita untuk menggandakan kutipan pahala daripadaNya dengan menghadiri majlis yang berbentuk ilmu dan juga majlis amal jariah pada hari yang sama.

Ingat sentiasa pada hadis Rasullullah, Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Ayuh semua! Mari kita beramai-ramai merebut peluang ini utk melibatkan diri dalam majlis yang penuh barakah, inshaAllah. Berikut adalah butir-butir majlis:

Majlis Ilmu, Seminar Sistem-Sistem Islam (SeSI)

Jam: 9.00pg hingga 7.00ptg


Majlis Makan Malam Amal, Misi Kasih Palestin

Jam: 7.30ptg hingga 10.30mlm

Bertempat di The Bordesley Centre, Stratford Road Camp Hill, Birmingham, B11 1AR

Tarikh: 24 April 2010 (catatkan segera dalam diari anda!)


Segeralah membeli dan menempah tiket majlis makan malam ini dengan menghubungi nama-nama yang tertera di poster:

Raudhah Ahmadi (07507362865)

Zulfa Hanan Ashaari (07534485145)

Abd Rahman Mohmad (07830854562)

Semoga Allah mengganjari usaha kita dengan nikmat syurgaNya. Amin.

Wednesday 10 March 2010

Kenapa Lubnan? Kenapa tidak di'wire'kan derma ke Islamic Relief?


Pertama sekali, perlu diterangkan semula kutipan derma disasarkan untuk pelarian Palestin di Lubnan, dan tidak disasarkan untuk disalur ke dalam Palestin itu sendiri. Apapun, 100% derma yang diterima akan diberikan terus pada rakyat Palestin, dan paling penting, ganjaran kita dan nilai disisi Allah tetap sama tidak kira siapa yang menerima.


Kenapa Lubnan dan bukan kem pelarian di Syria, Jordan atau Mesir? Secara asasnya, keadaan pelarian Palestin di Lubnan adalah yang terburuk sekali. Dasar dan pendekatan kerajaan Lubnan bukan sahaja tidak membantu, malah sangat menekan pelarian Palestin. Sebagai pelarian, hak asasi meraka dinafikan dan sekurang-kurangnya 72 jenis pekerjaan (professional dan bukan professional) tidak boleh disertai. Dunia di kem pelarian adalah dunia berbeza dari pusat bandar Beirut (dubbed the pearl of The Middle East).


Kutipan derma akan diberikan pada وقفية الغوث الإنساني للتنمية (Humanitarian Relief for Development Society) yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian di Lubnan, dan/atau مئسسة القدس الدولية (Al-Quds International Institution) ,sebuah organisasi Palestin yang berpusat di Beirut untuk memudahkan pengurusan (berbanding di dalam Palestin sendiri). Kedua-dua organisasi ini mempunyai berbagai projek yang boleh ditaja bergantung pada jumlah derma yang boleh diberi. 
Sebagai contoh, Sekolah Islam Adni, Ampang menaja School Kit Program pada Disember 2005 untuk kanak-kanak pelarian Palestin untuk sesi baru persekolahan.


Seperti yang tertulis di dalam blog MKP, misi Palestin ini terbahagi kepada 2 bahagian utama:
(i) kutipan derma dan jualan+kempen sehingga bulan September
(ii) menghantar delegasi ke Lubnan September/Oktober ini.


Bahagian kedua adalah objektif paling utama kami. Inshaallah, delegasi ke Lubnan akan menjadikan kita umat Islam yang berguna untuk membela penduduk Palestin. Mungkin ramai yang sudah ke Paris, Germany, Turkey, etc., kami di MSM ingin memberi pendedahan yang berlainan yang kemudian boleh dikongsi bersama. Untuk delegasi tersebut, kami merancang kursus intensif Training for Trainers untuk isu-isu Palestin, lawatan ke kem-kem pelarian, sekolah/tadika perlarian Palestin, organisasi-organisasi Palestin, etc.


Duit derma dari masyarakat UK (khususnya Malaysia) umpama buah tangan dari kita, mewakili tanda persaudaraan dan sokongan bagi yang tidak turut serta. Memang jauh lebih mudah untuk di "wire" sahaja duit tersebut.. tapi saya yakin kita semua boleh lihat bezanya antara menghantar 10 delegasi, dan menghantar 10 delegasi dan juga £10,000. Jumlah kecil atau besar soal kedua. £5,000 atau £10,000 itu hanya sasaran. Apa yang kita dapat akan dibawa bersama...


Alhamdulillah, setakat ini Al-Zaytouna Centre for Studies and Consultations, Beirut berbesar hati untuk menerima delegasi MSM September/Oktober ini.


Allahualam. Wassalam.

Yusuf Johari.