Thursday 17 November 2011

Sejarah Bani Israel di Baitul Maqdis - Siri 3


Kerajaan Babylon mengalami kejatuhan pada tahun 539 SM. Selepas terlepas dari cengkaman Babylon, Bani Israel membina semula Baitulmaqdis di zaman Nabi Zakaria AS dan Yahya AS. Setelah 150 tahun Baitulmaqdis kembali menjadi pusat Bani Israel. Namun Bani Israel kembali kufur dan kembali menyeleweng. Mereka membina sebuah pusat agama yang baru – di Bukit Gerizim. Ini diikuti pula dengan kebangkitan tamadun Greek yang mula meresap ke dalam cara hidup Bani Israel. Maharaja Greek Antiochus IV (175 SM) memaksa orang Yahudi menyembah berhala. Walaubagaimanapun mereka bangkit dan mengusir orang-orang Greek. bani Israel kembali membentuk sebuah negara yahudi yang bersatu sehingga 67 SM.

Apabila kerajaan Rom berkuasa, Maharaja Pompey mengambilalih Baitulmaqdis.
Pada tempoh tersebut Bani Israel diperintah oleh Herod yang mewakili Kerajaan Rum. Anak kepada Herod, Herod Antipas telah melakukan pembunuhan ke atas Nabi Yahya AS. (ini adalah kerana Herod Antippas ingin mengahwini anaknya sendiri dan hukum tidak membenarkan. Maka permintaan anaknya ialah agar Nabi Yahya A.S. dibunuh dan kepalanya dipersembahkan kepadanya. Setelah itu bani Israel membunuh Nabi Zakaria A.S., ayahanda kepada Nabi Yahya A.S.). Sejak dari peristiwa tersebut Bani Israel terus ditimpa bencana demi bencana. ia adalah merupakan stau permulaan kepada berlakunya kemusnahan kali kedua seperti yang dirakam di dalam al-Quran

Selepas membunuh Nabi Zakaria, Nabi Yahya A.S. dan orang-orang yang beriman dari kalangan bani Israel, Cucu kepada Herod Antippas iaitu Herod Agrippa pula melakukan pembunuhan ke atas pengikut Nabi Isa AS. Dalang kepada pembunuhan dan penindasan Rum ialah pendita-pendita Yahudi yang korup dan cuba mendekati pemerintah Rum. Mereka sanggup menfitnah Nabi Isa A.S. cuba merampas kuasa dari Kaisar Rum.

Bersambung...

Dr Hafidzi Mohd Noor

Sejarah Bani Israel di Baitul Maqdis - Siri 2


Setelah kewafatan Nabi sulaiman A.S., Bani israel kembali kepada cara-cara lama mereka. Mereka kufur dan engkar kepada Allah SWT. Allah SWT terus mengutus para Nabi di kalangan mereka. Nabi Elias dan Ilyasa’ cuba mengembalikan bani Israel kpd kebenaran dan tidak berjaya. Akhirnya kerajaan Bani Israel di utara (Samaria) diserang oleh kaum Assyria (900 – 721 SM). Kerajaan Judah di selatan diserang oleh Nebuchadnezar dari Babylon pada tahun 598 SM. Pada tahun 587 SM Baitulmaqdis dimusnahkan (termasuklah mesjid sulaiman)

Inilah yang dirakam oleh Allah SWT dalam surah Bani Israel (Surah al-Isra ayat 4 - 5). Ia mendokumenkan kemusnahan yang pertama dari dua kemusnahan yang menimpa Bani israel. Kemusnahan di langar oleh Empayar Babylon pimpinan Nebuchadnezzar ini yang dirujuk oleh al-Quran sebagai kemusnahan yang pertama. Bani Israel dihinakan, mereka dibunuh, anak-anak dan perempuan-perempuan mereka ditawan dan diperhambakan.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
[4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
[5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu) dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
 
Bersambung... insyaAllah

Dr Hafidzi Mohd Noor
Aqsa Syarif

Sejarah Bani israel di Baitul Maqdis - Siri 1


Selepas kematian Nabi Musa a.s Bani israel menguasai palestin dan mereka terbahagi kpd 12 suku. Mereka berpecah-belah dan mengikuti kebudayaan orang-orang Kanaanite (tempatan - inilah penduduk asal Palestin, nenek moyang bangsa Arab Palestin pada hari ini. Mereka ini sudah berdiam di sana sebelum Nabi Ibrahim A.S, berhijrah ke Baitul Maqdis dari Meso...potamia (Iraq pada hari ini). Mereka bernaung di bawah kerajaan Philistan dan menyembah berhala. Bani Israel terikut-ikut dengan cara hidup penduduk Kanaan sehingga akhirnya mereka turut kufur dan menyembah berhala. Allah timpakan kehinaan kepada Bani Israel sehingga mereka diusir keluar oleh kerajaan Philistin.

Nabi Sameul telah menyatukan Bani israel dan mereka hidup di bawah pemerentahan yang kuat pada zaman Thalut (1020 – 1004 SM) sehingga dapat mengalahkan Jalut dan Kerajaan Filistin yang zalim. Nabi Daud A.S. yang membunuh Jalut. Bani Israel terus hebat di zaman Nabi Daud AS (1004 – 965 SM) dan Nabi Sulaiman (965 – 926 SM).

Selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS Kerajaan Bani Israel berpecah dua - Kerajaan Bani Israel di utara (pusat pemerintahan di Samaria) dan Judah di selatan (pusat pemerintahan di Edom; Baitulmaqdis). Bani Isreal kembali kepada cara hidup kufur dan kembali menyembah berhala

Mereka kembali engkar walaupun berkali-kali di selamatkan oleh Allah dan dikeluarkan dari kehinaan yang ditimpakan ke atas mereka.

bersambung...

Dr Hafidzi Mohd Nor
Aqsa Syarif

Monday 14 November 2011

‎15 Nov 1988: Negara Palestin.... Sekali Lagi?



Tahukah anda pada hari ini 15 November pada tahun 1988 penubuhan Negara Palestin telah diisytiharkan oleh Yasser Arafat di persidangan Palestine National Council (PNC) di Algiers. PNC adalah dewan perwakilan kepada PLO. Lebih 120 negara mengiktiraf pengisytiharan tersebut termasuklah Malaysia. Bahkan ia diterima oleh PBB melalui resolusi... 43/177 dengan 104 menyokong dan 2 menentang (36 berkecuali). Bolehkah anda meneka siapakah 2 yang menentang itu? Tentu saja Israel dan Amerika.

Namun ia bukan kali yang pertama. Negara Palestin pernah diisytiharkan pada 1 Oktober 1948 dalam satu persidangan di Gaza, di tengah kemelut perang Arab-Israel. Tidak hairanlah jika anda tidak mengetahuinya kerana kedua-dua pengisytiharan tersebut hampir tidak relevan lagi sekarang. Kedua-duanya tidak membawa apa-apa makna dan tidak merubah sedikit pun nasib rakyat Palestin.
 
Memandangkan PLO sendiri dalam buangan pada ketika itu; setelah dihalau keluar melalui Beirut pada tahun 1982, pengisytiharan tersebut hanyalah simbolik atau angan-angan. Hampir 100% dari tanah yang diisytiharkan tersebut berada dalam penjajahan Zionist.
          
Apakah sempadan Negara Palestin? Pengisytiharan dibuat berasaskan resolusi PBB 181 atau lebih dikenali sebagai 1947 Partition Plan ( Rujuk peta ). Pelan tersebut menghadiahkan kepada pendatang Yahudi 55% dari tanah Palestin sedangkan sebelumnya mereka hanya mempunyai tidak lebih dari 6% tanah secara sah. Rakyat Palestin yang merupakan 70% dari populasi hanya mendapat 45% dari tanah mereka sendiri. Implikasi menerima resolusi PBB 181 ialah PLO redha dengan pembahagian yang tidak adil tersebut dan sekaligus mengiktiraf kewujudan Israel.
          
Ironiknya, selama ini PLO sendiri berulang–kali menolak Resolusi 181. Bahkan seluruh negara Arab menolaknya. Inilah antara pencetus Perang Arab-Israel 1948. Tetapi akibat tertekan dengan desakan Amerika yang tidak mahu berunding dengan PLO selagi tidak mengiktiraf Israel dan meletak senjata, Yasser Arafat terpaksa akur demi meneruskan `talian hayat’nya. Mungkin anggapan Arafat ini akan melonjak kedudukan diplomatic (diplomatic leverage) PLO. Malangnya selepas membayar 2 harga yang mahal iaitu mengiktiraf Israel dan melucutkan hak penentangan bersenjata (self-renounced of arm struggle), PLO mendapati dirinya terjebak dalam perangkap `proses rundingan damai’ yang tidak berkesudahan.
          
Bahkan selepas 23 tahun Negara Palestin diisytiharkan di Algiers pada hari ini dalam tahun 1988, selepas perjanjian Camp David, Oslo, Madrid, Road Map for Peace dan pelbagai lagi; yang berlaku adalah kawasan yang dikuasai Palestin makin mengecil, Israel semakin teguh (established), pendatang dan penempatan haram Yahudi semakin bertambah, Gaza dikepung, Baitul Maqdis semakin tergadai serta kezaliman dan pembunuhan keatas rakyat Palestin semakin berleluasa.

Ar Syed Mohd Radhi
Aqsa Syarif Gombak

Thursday 3 November 2011

Fundraising MKP di iGames

Liverpool, 22/10/2011 - Pada iGames yang lalu, MKP telah berjaya membuat jualan untuk tabung Palestin. Gerai ini telah dikendalikan oleh ahli MKP Manchester dengan bantuan daripada ikhwah Liverpool yang juga merupakan ahli MKP Liverpool. Jumlah peserta dan penonton dianggarkan sebanyak 200 orang dan produk2 jualan habis. Berikut merupakan senarai ahli dan bukan ahli MKP yang hadir dan memberikan bantuan: Raja Abdullah Hakim, Musaini Ramlee, Ahmad Syafiq Hamzi, Hakim Razali, Ikhwan Moieed dan Fikri Hakim Kamar.

Keuntungan untuk derma yang berjaya di jana ialah sebanyak £93.75. Produk2 jualan termasuklah Crab Stick, Udang Celup Tepung dan Chicken Wing Madu.