Tuesday, 24 January 2012

UK-2-Gaza : Catatan 2

Assalamualaikum wrt.

Isnin 23 Januari 2012

Perjalanan ana semalam bermula jam 430 pagi waktu Mesir. Setelah bersiap siap di rumah Mr Kamal, ana bersalaman dgn Mama dan terus bertolak ke airport bersama Mr Kamal utk bertemu dgn rombongan dari Malaysia. Mereka, Dr Hafidzi (pengerusi Board of Trustee Aqsa Syarif), Dr Selamat (ahli BoT) dan Ustaz Kamaruzzaman (pegawai Aqsa Syarif) sampai di airport sekitar jam 545 pagi. Nampak byk org Malaysia yg juga turut menunggu menyambut tetamu masing masing.

Kami terus keluar terminal dan disambut dengan Brother Ali, driver kami ke Rafah. Perjalanan ke Rafah terus bermula. Kami dimaklumkan perjalanan sejauh 300km akan megambil masa lebihkurang 4-5 jam. Namun pengalaman lepas mengajar utk expect lebih lama.

Kami melalui beberapa tempat yg kami familiar dgn namanya seperti Ismailiyyah, Sinai, dan lain lain. Berhenti singgah sarapan di sekitar Ismailiyyah dan dijamu full Arabic breakfast :) i.e. roti, salad, humus, omelette, daging kisar dn beberapa lagi.

10 minit selepas bergerak semula kami melalui check point pertama. Checkpoint sebegini akan kami lalui lagi countless of times. Mereka dikawal ketat oleh tentera dan polis. Masing maing dengan kereta perisai atau tank dan rifle AK47. Rasa ana, ini first time tengok rifle tu live. Masa kecik dulu mmg suka/minat kt this particular one sebab mujahidin Afgan guna.

Mr Kamal handle all the checks dengan mantap. Beberapa perbualan beliau yg dapat ana tangkap adalah beliau memperkenalkan diri sebagai mukhabarat (special branch)! Kami pun agak convince yang itu adalah benar berdasarkan kami dilepaskan dengan mudah. Alhamdulillah, semuanya memang above board dari awal lagi.

Lepas sahaja checkpoint pertama, kami melintasi Terusan Suez dengan menaiki Jambatan Salam. Jambatan ini ditukar namanya dari Jambatan Hosni Mubarak sebelum ini. Dapat lihat beberapa kapal melalui terusan ini yg menghubungkan laut merah dan mediteranian.

Kami terus bergerak melepasi beberapa checkpoint sebelum diberhentikan agak lama di salah sebuah checkpoint. Kami diberitahu oleh askar bahawa jalan dihadapan terdapat mudzoharah (demo) yang berbahaya. Kenderaan org lokal diberi kebenaran utk terus. Turut diminta menunggu ditepi jalan adalah beberapa van yang membawa delegasi UN, family dari Gaza dan lain lain.

Kami menunggu dalam 45 minit sebelum bergerak semula. Setelah beberapa lama, kami terpaksa berhenti mengejut apabila ada sekumpulan pemuda membakar tayar dan membaling batu kearah kenderaan kami. Kami berundur sedikit dan menunggu untuk rusuhan tersebut reda. Askar datang dan berbincang bersama mereka. Akhirnya pembakaran tayar pun reda dan kami melepasi sekatan tersebut. Kami dimaklumkan mereka berdemo kerana ada 60 pemuda dari kampung mereka yang baru ditahan tanpa sebab. Kami dapati di Mesir ni, polis dan tentera masih sgt powerful. Mereka mengawal ketat terutama kawasan luar bandar seperti di Semenanjung Sinai ni.

Kami sampai di Rafah dalam jam 3.30 petang setelah berhenti solat di Al Arish. Ramai rupanya orang menunggu di luar Rafah, menawarkan pelbagai servis..

Kami masuk kompleks imigresen sebelah Egypt. Menghadapi sedikit masalah bila ada nama yg tiada dalam senarai akhir. Kami duduk dan muhasabah masing masing, serta memperingat sesama sendiri untuk meluruskan niat dan fokus meminta pertolongan Allah. Mr Kamal juga Menghubungi security official Egypt untuk bantu. Alhamdulillah, akhirnya dibenarkan keluar ikut pintu Rafah bahagian Mesir. Kami bergerak ke bahagian palestin pula (Palestine side of the border) dgn bas. Naik bas sekejap je, 1 minit, dan sampai..

Turun bas disambut meriah oleh warga Gaza. Ada byk wartawan dan cameras from press and electronic medias. We were swiftly dikalung dengan mafla Palestin, diberi bunga dan kemudian ditemubual sedikit. Seterusnya dibawa ke bilik VIP dan majlis ringkas menyambut kami diadakan. Sheikh Abdur Raheem Shehab, Presiden Islamic Society of Jabalia, mengucapkan selamat datang dan kegembiraan mereka menerima tetamu dr Malaysia. Dr Hafidzi turut berucap.

Kemudian kami solat maghrib dan terus menuju ke restoran utk dinner, masa tu baru pertama kali lihat keadaan dalam Gaza. Jalan rayanya sgt doif. Gelap, berliku dan takde line di jalan. Sangat chaos, jika dibanding dgn UK. Lbh kurang stengah jam perjalanan, kami dijamu makan. Mewah juga, ada ayam bakar, kebab dll. Kami diberitahu harga ayam sini lebih kurang 8 dolar sekilo. Namun inilah cara mereka memuliakan tetamu. Agaknya keluarga biasa di Gaza takkan dapat makan macam kami ni. Seperti dijangka, mmg ada lebih makanan tu. Biasalah portion arab utk perut melayu... Jadi lebihan makanan dihantar ke keluarga miskin. Ana suspect mmg dia sudah plan sebegitu. Maka ada keluarga yg mendapat pleasant surprise malam ini.

Kemudian kami menuju ke hotel dlm perjalanan, diberitahu yg kami akan singgah ke rumah Sheikh Ismail Haniyyeh, Perdana Menteri Palestin. Kami yg tadinya penat dan mengantuk, terus menyala! Excited. Mmg expected utk bertemu, tapi ingatkan hari kedua ke..

Sampai di rumah beliau, kami terus masuk ke ruang tamu rumah beliau. Beliau mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia khusunya Aqsa Syarif atas sokongan dan sumbangan. Kami bertukar tukar cenderamata. Ana telah sampaikan hadiah dari akhawat IKRAM UK and Eire buat isteri dan anak perempuan beliau.

Kami kemudian bergerak ke hotel dan mengadakan perbincangan lanjut dgn pihak host kami di Gaza. Alhamdulillah perbincangan berjalan dgn sambil sambil minum teh dan kopi. Hotel tempat menginap bernama Almathaf. Almathaf bermaksud muzium. Hotel ni dibina dari batu batu runtuhan bangunan bersejarah yg dikumpul selama 30 tahun.

Kami masuk tidur dan berehat utk the next day.

Abdul Azim Ismail