Salam.
Alhamdulillah, selamat sampai di Cairo jam 845pm waktu Mesir. Terus disambut oleh Mr Kamal, agent transport yg mengurus rombongan Aqsa Syarif. Sempat menelefon Ustaz Haris Bain yang sekarang menetap dengan keluarga di sini.
Perjalanan lebih kurang satu jam menaiki kereta renault tahun 70-an ini membawa ana seolah-olah kembali kemasa lampau... Pemandangan ditepi jalan yang pelbagai, sangat menginsafkan. Kami makan roti arab yg dijual ditepi jalan dengan falafel. Makanan ruji org Egypt, kata Mr Kamal.
Dalam perjalanan, melewati penjara Turah. Kalau tak silap ana penjara ini sangat famous sebab org ikhwan banyak dipenjara disini dulu. Selalu baca kisah2 mereka dalam pelbagai memoar tulisan ikhwah menceritakan penderitaan dan penyeksaan keatas mereka.
Sampai dirumah Mr Kamal di kawasan outskirts Cairo, Hilwan namanya. Jumpa Mama, isteri beliau, dan anak2nya. Rumah kecil dan daif berbanding kita. Namun penuh dengan kasih sayang dan kehangatan hubungan erat kekeluargaan. Ana takjub melihat anak2 lelaki beliau (rata rata umur 20an) melayan ayah dan ibu mereka. Mereka benar2 serve segalanya... Ayah dan ibu duduk je. Malu ana melihat nya.
Kawasan perumahan ini adalah kawasan perusahaan besi. Mr Kamal bekerja di Institut Penyeledikan Metalurgi Nasional berdekatan rumah beliau..
Esok awal pagi akan bergerak ke airport semula menyambut rombongan dari Malaysia dan bertolak ke Gaza melalui pintu Rafah.
Abdul Azim Ismail