Friday 20 January 2012

Aktivis MKP ke Gaza


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sukacita di maklumkan bahawa saudara Abdul Azim Ismail, aktivis Misi Kasih Palestin (MKP) yang juga Timbalan Presiden IKRAM UKE telah dipilih untuk menyertai delegasi Aqsa Syarif ke Gaza bermula 22 - 29 Januari 2012 ini. Delegasi ini akan turut dihadiri oleh beberapa Board of Trustee Aqsa Syarif termasuklah Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi) , Dr. Ir. Selamat Aliman (Bendahari) dan Ustaz Kamarulzaman Abd Rahim (Peg. Perhubungan Aqsa Syarif Berhad).

InsyaAllah kami di UK dan Eire akan sentiasa mengiringi perjalanan ini dengan doa dan harapan agar pengalaman yang diperoleh di sana dapat di kongsi sebagai hadiah buat ummah. 

Misi Kasih Palestin