Kajang, 29/12/12 - Israa Institution handed over £24,000 (RM 120,000) for Gaza
during their visit to Aqsa Syarif's HQ in Kajang, Malaysia. The donation was contributed
by Malaysians-- mainly students-- in the UK, Ireland, US and Canada and will be
used specially for 'relief and recovery' projects in Gaza which recently
endured major attacks. We hope that this contribution will profoundly improve the conditions of our brothers there and further synergise the collaboration between Israa and Aqsa Syarif. We thank
all donors for the extraordinary support!
Saturday, 29 December 2012
Wednesday, 21 November 2012
Booth Israa di Nottingham Malaysia Games 2012
Nottingham, 10/11/2012 - Nottingham Malaysian Games 2012 merupakan satu kejohanan sukan Malaysia yang terbesar di United Kingdom dan amat
popular di kalangan pelajar-pelajar dan masyarakat Malaysia kerana ianya menjadi suatu medan utama untuk pelajar-pelajar
dari serata tempat di UK ini untuk berjumpa dan menjalinkan ukhuwah. Selain
menjadi medan untuk berjumpa, Nottingham Malaysian Games 2012 juga menjadi tempat
untuk masyarakat Malaysia melepaskan kerinduan pada masakan Melayu kerana
terdapat berpuluh-puluh gerai menjual makanan Melayu dibuka pada hari kejohanan
tersebut. Selain gerai makanan, terdapat juga gerai-gerai lain yang dibuka pada
hari tersebut, salah satunya ialah gerai mempromosi atau ‘cakna Palestin’ dari
Israa Institution.
Israa Institution telah mengambil peluang
keemasan dengan kehadiran ribuan masyarakat Malaysia ke Nottingham Malaysian
Games 2012, untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang bumi anbiya’
Palestin kepada mereka yang hadir. Satu gerai menjual barangan Palestin di
samping meningkatkan kesedaran tentang Palestin telah dibuka. Gerai ini
beroperasi di Powerleague Nottingham, tempat di mana pertandingan bolasepak
5-sebelah dijalankan.
Ianya dibuka bermula jam 9.30 pagi hingga 4 petang. Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di
gerai ini terutamanya jualan cenderahati yang didatangkan khas dari Gaza
(cenderahati-cenderahati ini dibawa pulang oleh saudara Yusuf dan saudara
Rahman yang baru pulang dari Gaza beberapa bulan yang lalu), tabung derma
Palestin, penerangan dan info tentang Palestin dan Israel, dan aktiviti yang
paling mendapat perhatian ramai ialah peluang untuk menulis nama dengan
menggunakan tulisan seni Khat. Saudara Nabil dari Liverpool telah berjaya
menarik pelanggan-pelanggannya dengan kehebatannya dalam seni tulisan Khat
dengan mengenakan bayaran yang minima. Semua hasil keuntungan jualan dari gerai
ini disumbangkan terus kepada rakyat Palestin melalui Israa’ Institution.
Pihak Israa’ Institution sangat berbesar
hati atas semua sumbangan masyarakat Malaysia kepada rakyat Palestin dan pihak
kami juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang mengunjungi
gerai kami termasuklah Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada
pihak Ahli Jawatankuasa Nottingham Malaysian Games 2012 yang telah membenarkan
kami membuka gerai di Powerleague Nottingham tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Semoga amal kita semua yang sedikit ini mendapat berkat dan diterima Allah.
Yang melaporkan,
Mohd Hilmi Kamil
Liverpool
Mohd Hilmi Kamil
Liverpool
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya
jualan cenderahati dan buku, tabung derma, tulis nama dengan Khat dan
lain-lain.
Sebahagian deripada sukarelawan yang menjaya gerai Israa
Saudara
Nabil mempamerkan seni tulisan Khat.
Antara
hasil seni tulisan Khat yang ditawarkan kepada pengunjung.
Monday, 19 November 2012
Petang itu di Kota London
Terasa pedih di hatinya
Terbakar panas jiwanya
Lalu sibuk aqal nuraninya berbicara
Melangkah berhimpun menunjuk rasa
Sambil terancung tangan ke udara
Melaung menggegar mengguruh kata
"Free Free... Free Gaza"
Aah !!! Biar tahu dunia
Aah !!! Biar tahu dunia
Dari London ke Washington hingga Singapura
Yaa... biar tahu mereka
Bahawa
Di Bumi Al Aqsa dan di mana jua
Setiap yang teraniaya
Pasti ada pembelanya
Setiap yang diperhamba
Tetap ada jaguh pembebasnya
Setiap yang diinjak dihina
Akan terserlah jua kemuliaannya
Moga mekarlah Iman
Moga mekarlah Iman
Menyatu dalam du'a dan harapan
Mewangi bersebati keharuman
Terus menyemarak ruh keinsafan
Moga mekarlah Iman
Moga mekarlah Iman
Mengukuh dalam jiwa dan fikiran
Menggenggam kemas himmah perjuangan
Terus berkhidmat mengangkat kemanusiaan
Mulia pulang ke sisi Tuhan Ar Rahman
MNK
MNK
18/11/12
London
Friday, 16 November 2012
Gaza Emergency Relief Fund
Khamis, 15 November 2012
1. Di saat umat Islam seluruh
dunia menyambut ketibaan tahun baru hijrah (1434H), rejim Zionis Israel telah
mengadakan siri-siri serangan bom dan peluru berpandu terhadap penduduk Gaza.
2. Setakat ini, lebih 20 orang
maut dan 80 rakyat Palestin tercedera. Antara yang syahid dibunuh rejim Zionis
laknatullah termasuk beberapa orang kanak-kanak dan komander briged Izzuddin Al-Qassam, Ahmad
Ja’bari. Ini bukanlah kali pertama Israel menjadikan pemimpin-pemimpin HAMAS
sebagai sasaran operasi mereka. Antara pemimpin HAMAS yang telah syahid di
tangan rejim Zionis sebelum ini termasuk Syeikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz
Rantisi.
3. Serangan terbaru ini jelas
menunjukkkan kekejaman dan hilangnya perikemanusiaan rejim Zionis. Ia juga
membuktikan bahawa mereka tidak akan berhenti menzalimi dan membunuh rakyat
Palestin selagi matlamat mereka untuk melenyapkan tanah Palestin tidak berjaya.
4. Sebagai sebuah institusi yg
memperjuangkan isu palestin, Israa’ menyeru seluruh masyarakat Malaysia di UK dan
Ireland untuk:
a.
Menghadiri
demonstrasi-demonstrasi umum yang membantah serangan Israel ke atas penduduk
Gaza di kawasan setempat masing-masing.
b.
Memanjatkan doa kepada Allah s.w.t
secara terus-menerus untuk kemenangan rakyat Palestin.
c.
Menyalurkan sumbangan kepada
rakyat Palestin melalui akaun Israa’ Institution:
i. Nama akaun: Israa Institution
No
akaun: 32033119
Sort
code: 403130
ii. (atau) akaun Ireland
Nama
akaun: Aiman Mukri
No
akaun: 71578-068
Sort code :
93-10-12
Ref: Gaza
Emergency Fund
5. Sumbangan anda akan disalurkan
kepada rakyat Palestin melalui Aqsa Syarif
Malaysia untuk bantuan asas yang diperlukan segera seperti:
a.
Makanan asas
b.
Ubat
-ubatan
c. Pakaian sejuk dan selimut
d.
Pembiayaan rawatan di hospital Mesir bagi yang
cedera parah
e.
Pembiayaan kos baik pulih rumah-rumah yang
musnah
6. Tabung sumbangan akan ditutup pada 20hb November
2012, bagi memudahkan penyaluran sumbangan kepada rakyat Palestin secepat
mungkin.
Sekian, terima kasih.
Dr. Aliyyah Mohammad Khuzaini
Timbalan Pengarah
Israa Institution
Tuesday, 4 September 2012
Book review #2: Hamas: Unwritten Chapters
Tajuk : Hamas: Unwritten Chapters
Penulis : Azzam Tamimi
Harga : £7.95 (Amazon UK)
Halaman : 371 muka surat
Buku yang ditulis oleh Dr. Azzam Tamimi pada tahun 2007 ini berkisar mengenai sejarah dan analisis kebangkitan Hamas di Palestin. Dunia secara umumnya menganggap bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan pengganas, tidak ubah seperti Al-Qaeda. Melalui buku ini, Dr. Azzam Tamimi cuba memberikan perspektif yang berbeza, bahawa Hamas adalah sebuah pertubuhan kebangkitan Islam yang menitikberatkan pembangunan ahli, masyarakat dan pembebasan Palestin dari kecaman Zionis.
Buku ini bermula dengan sejarah permulaan Hamas, yang dipelopori oleh ahli-ahli Ikhwanul Muslimun di Palestin dan perkembangan Hamas sebagai sebuah organisasi yang didukung oleh kebanyakan rakyat Palestin, sehingga memenangi pilihanraya umum pada tahun 2006.
Buku ini sesuai bagi mereka yang ingin memahami asas perjuangan Hamas, peranan yang dimainkan oleh Hamas dalam konflik Israel - Palestin sejak kewujudannya dan perkembangannya sebagai sebuah organisasi yang bermula kecil tetapi kini digeruni musuh dan dikagumi dunia.
Tulisan ilmiah ini merujuk daripada pelbagai sumber dari negara arab dan dunia barat, selain wawancara eksklusif bersama ramai pemimpin Hamas. Ini menjadikannya sebuah aset yang penting bagi mereka yang mahukan catatan yang adil dan berfakta dalam memahami Hamas.
Akhir sekali, penulis turut memuatkan terjemahan kepada beberapa dokumen penting Hamas. Dokumen-dokumen ini memberi peluang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri mengenai Hamas, tanpa dikaburi oleh perspektif berat sebelah media barat.
Secara ringkasnya, setiap ahli gerakan Islam dan mereka yang ingin memahami perjuangan Palestin perlu membaca buku ini!
Ulasan oleh,
Dr. Aliyyah Khuzaini
AJK Biro Research and Training
Israa Institution
Saturday, 4 August 2012
Sunday, 29 July 2012
Thursday, 19 July 2012
Promote Palestin dengan jersi bola KBML
Design jersi lelaki |
Design jersi wanita |
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pengenalan:
Pihak Kelab Bolasepak Malaysian-Liverpool (KBML) akan
mengeluarkan design Kit (jersi) terbaru bagi tahun 2012/13 dengan usahama dengan Israa
Institution. Pihak Israa telah
bersetuju untuk menaja kelab KBML dengan meletakkan logo Israa di dada jersi kelab kami. Berbeza dari konsep penajaan sedia ada, penajaan ini bukanlah
bersifat penaja yang akan memberi peruntukan kepada kelab tetapi
sebaliknya keuntungan dari penjualan jersi-jersi ini akan disalurkan kepada pihak penaja. Ini bermakna terus kepada rayat
Palestin! Menarik bukan?
Berkonsepkan corak kontemporari dan pemilihan warna yang tepat membawa mesej Palestin, anda pasti tidak mahu ketinggalan dari memilikinya! Sambil bergaya sambil beramal :)
Jersi ini dijadualkn siap pada pertengahan September 2012 dan akan diagihkan pada Oktober 2012.
Anda boleh membeli jersi kosong tanpa nama dan nombor di belakang atau dengan nombor dan nama. Jersi utk wanita juga dijual. Bezanya, tulisan sponsorship di tulis pada bahagian bawah jersi untuk membolehkan kaum wanita bertudung untuk turut menyatakan kesetiaan dan sokongan padu pada warga Palestin.
50% keuntungan akan disalurkan ke Tabung Palestin! Anda juga digalakkan untuk menderma dengan membayar harga jersi anda melebihi harga yang sepatutnya. Jumlah derma anda akan kami salurkan ke Tabung Palestin Israa Institution

Maklumat jersi (short sleeve sahaja):
Shirt WITHOUT name and number : £14
Shirt WITH name and number :
£15
Tempahan :
Sila isi borang online (klik di sini)
Pertanyaan dan maklumat lanjut :
- Hilmi (remy_archi@yahoo.com / 07894738672)
- Moed (neverwinter_imh@yahoo.com.my / 07775448176)
Pembayaran :
Name : MR I M B HASIM
Bank : Lloyds TSB
Account No : 70063268
Sort code : 77-17-50
atau
Tarikh penting:
- Tarikh akhir tempahan : 29 Julai 2012
- Tarikh akhir pembayaran : 7 Ogos 2012
Sekian, wallahualam. Jom membeli, bersukan dan beramal!
Jazakumullahu khairan katheera
Mohd Hilmi Kamil (07894738672)
Ikhwan Moeiid Hasim (07775448176)
b/p Kelab Bolasepak Malaysian-Liverpool 2012

PayPal : neverwinter_imh@yahoo.com.my
- Tarikh akhir tempahan : 29 Julai 2012
- Tarikh akhir pembayaran : 7 Ogos 2012
Sekian, wallahualam. Jom membeli, bersukan dan beramal!
Jazakumullahu khairan katheera
Mohd Hilmi Kamil (07894738672)
Ikhwan Moeiid Hasim (07775448176)
b/p Kelab Bolasepak Malaysian-Liverpool 2012
Monday, 2 July 2012
Book review #1: A History of Palestinian Resistance
Tajuk : A History of Palestinian Resistance
Penulis : Daud Abdullah
Harga : £5.95 (Amazon UK)
Halaman : 146 muka surat
Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pembaca
termasuklah yang tidak mempunyai 'background knowledge' mengenai isu
Palestin. Buku ini memberi fokus kepada perjuangan pembebasan Palestin
sejak dari mandat British hinggalah perjanjian Oslo pada 1993. Peranan
negara-negara Arab (mesir, jordan, syria, lebanon), Liga Arab, Muslim
Brotherhood, United Nation, USA dan British semasa peristiwa Nakba juga
diterangkan secara detail. Selepas peristiwa Nakba, perjuangan
pembebasan Palestin bertukar arah dan dijuarai oleh negara-negara Arab.
Faktor-faktor kelahiran Fatah, PLO dan bagaimana Fatah mendominasi PLO
juga dikupas. Buku ini juga menjelaskan modus operandi Fatah dan
bagaimana tercetusnya pergeseran antara PLO dan negara-negara Arab yang
akhirnya menyebabkan peperangan sesama mereka. Perubahan polisi Fatah
daripada 'armed struggle' kepada diplomasi dan 'total liberation' kepada
'national authority' juga dikupas. Disebabkan ulasan buku ini terhad
sehingga 1993, peranan Hamas tidak disentuh secara menyeluruh.
Buku ini bukan sahaja menceritakan kronologi sejarah, malah turut
menjelaskan sebab berlakunya peristiwa tersebut. Ini memudahkan pembaca
memahami dan seterusnya 'appreciate' peristiwa tersebut.
Tuesday, 12 June 2012
Laporan program Gaza2Manchester
Manchester, 8/6/12 - Sebuah program berbentuk forum bertajuk
‘Gaza2Manchester’ telah diadakan di Khaled Said Room, University of
Manchester Student Union. Forum anjuran Israa Institution
ini menampilkan 2 orang panelis hebat iaitu saudara Abdul Azim Ismail
dan saudara Umar Ismail bersama saudara Saifullah Suhairi bertindak
sebagai moderator. Program yang dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ini
telah sedikit sebanyak memberi informasi yang berguna kepada hadirin
berkenaan perjuangan kita sebagai umat Islam untuk membebaskan bumi
barokah Al-Quds.
Sesi 2 jam ini sarat diisi dengan perkongsian pengalaman ahli panel
yang baru sahaja mengunjungi Gaza beberapa bulan yang lepas. Umar Ismail
telah menyertai rombongan bersama Misi Haluan Palestin dalam usaha
menyalurkan bantuan kepada penduduk di sana sementara Abdul Azim Ismail
pula telah pergi ke Gaza bersama Board of Trustee Aqsa Syarif dalam
program Board to Gaza. Dua misi yang berbeza ini sudah pasti
menggambarkan pengalaman yang berbagai dan telah menjadikan forum kali
ini lebih menarik.
Antara isi penting forum ini ialah mengajak semua hadirin untuk sama-sama merasai urgunsi menyertai perjuangan yang telah dijanjikan kemenangan oleh Allah ini. Setiap daripada kita sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam menyumbangkan apa yang termampu baik dari segi material dan juga doa yang tidak putus-putus kepada saudara kita di bumi Palestin. Ahli panel juga berkongsi bagaimana masyarakat non-muslim juga telah lama bersungguh-sungguh berkempen dalam isu ini. Malulah kita sebagai umat islam jika tidak turut serta dalam perjuangan yang mulia ini.

Disediakan oleh,
Abdur Rahim Abdur Rahman
Abdur Rahim Abdur Rahman
Pengarah Program
Gaza2Manchester Monday, 11 June 2012
Sesi perkongsian pengalaman di Gaza oleh Ustaz Lokman Awang
London, 11/6/12 - Kira-kira 80 ahli IKRAM UKE telah menghadiri sesi
perkongsian pengalaman di Gaza oleh Ustaz Lokman Awang (Pengerusi Aqsa
Syarif Terengganu & YDP IKRAM Terengganu). Beliau turut serta dalam
konvoi ke Gaza pada Mei lalu.
Kutipan derma sebanyak £522 dan €62 berjaya dikumpul. Presiden IKRAM UKE, saudara Azman Ali telah menyerahkan kutipan derma tersebut kepada Ustaz Lokman di akhir program.
Kutipan derma sebanyak £522 dan €62 berjaya dikumpul. Presiden IKRAM UKE, saudara Azman Ali telah menyerahkan kutipan derma tersebut kepada Ustaz Lokman di akhir program.
Penyerahan derma OFOL £3,680
Kajang, 6/6/12 - Wakil Israa Institution, Saudara Mus'ab Shaharom dan Saudari Wan Maisarah Abd Rahman telah menyampaikan sumbangan derma Palestin untuk projek One Family One Lamp (OFOL) kepada Aqsa Syarif. Jumlah derma masyarakat Malaysia di UK dan Ireland yang berjaya dikutip adalah sebanyak £3,680. Jumlah ini membolehkan 245 buah lampu solar ditaja untuk penduduk Gaza. Tahniah dan terima kasih kepada para penyumbang!
Wednesday, 16 May 2012
Donation drive projek 'One Family One Lamp'
Assalamualaikum wbt,
Bermula hari ini, Israa Institution secara
rasmi akan melancarkan donation drive untuk projek 'One Family One Lamp
(OFOL)'. Donation drive ini akan dibuka selama 2 minggu sahaja iaitu
dari 16 Mei - 1 Jun 2012. Kutipan derma
akan disalurkan kepada Aqsa Syarif dan dibawa terus ke Gaza melalui
konvoi Aqsa2Gaza7 bermula 10 - 19 Jun nanti. Sila rujuk poster projek
untuk maklumat lanjut dan cara pembayaran. Ayuh, jangan bertangguh, mari
menyumbang!
Israa Institution
'Palestine in Our Hearts'
[Poster OFOL bagi UK]
[Poster OFOL bagi Ireland]
Tuesday, 15 May 2012
Artikel Khas Sempena Nakba oleh Israa Institution
15 Mei 1948 adalah tarikh penting dalam sejarah dunia di mana telah berlakunya peristiwa Nakbah (malapetaka). Pada tarikh ini jugalah negara haram Israel telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri pertamanya iaitu David Ben Gurion.
Palestin di bawah mandat British
Sebelum 1917 (sebelum penjajahan British), bilangan masyarakat yahudi di Palestin adalah kira-kira 50,000 orang dan pemilikan tanah mereka adalah kira-kira 2%. Majoriti daripada mereka berhijrah ke Palestin semasa zaman Uthmaniyyah disebabkan pembunuhan, diskriminasi dan tekanan yang dilakukan oleh Eropah terhadap bangsa yahudi. Mereka memilih Palestin kerana mendapati kerajaan Uthmaniyyah melaksanakan polisi layanan sama rata kepada semua tanpa mengira bangsa. Bangsa yahudi dan arab palestin tinggal bersama, bahu membahu tanpa sebarang masalah.

Gerakan Zionist antarabangsa juga diasaskan rentetan daripada diskriminasi terhadap bangsa yahudi oleh masyarakat Eropah. Theodor Herzl, pengasas gerakan Zionist berpendapat bahawa terhadap 2 cara untuk menamatkan diskriminasi terhadap yahudi iaitu; (1) meninggalkan budaya mereka secara total dan meng-adaptasi dengan budaya eropah atau (2) menubuhkan sebuah negara atau 'nation state' khusus untuk bangsa Yahudi. Gerakan Zionist kemudiannya memilih untuk menubuhkan negara yahudi di Palestin.
Dari tahun 1917 - 1948 iaitu semasa penjajahan British, bilangan yahudi di Palestin meningkat daripada 50,000 kepada ~500,000. Bilangan ini adalah 30% daripada population Palestin manakala 70% lagi adalah rakyat asal palestin. Pemilikan tanah yahudi pula meningkat daripada 2% kepada 6%. Semua ini berlaku atas sokongan British terhadap projek Zionist.
Resolusi 181 PBB
Apabila British mengambil keputusan untuk meninggalkan Palestin, British telah menyerahkan nasib rakyat Palestin kepada PBB. Ini adalah bertentangan dengan kebiasaan (yang berlaku di seluruh dunia) dan undang-undang antarabangsa di mana hak kemerdekaan dan kedaulatan negara akan diserahkan kepada rakyat tempatan selepas penjajahan tamat (self-determination). British mengetahui bahawa sekiranya hak kemerdekaan diserahkan kepada rakyat tempatan, rakyat Palestin akan mendapat majoriti dan memilih untuk menubuhkan negara Palestin yang berdaulat. Ini juga bermaksud kegagalan projek Zionist.

PBB kemudiannya mengeluarkan Resolusi 181 pada November 1947 yang mencadangkan '2 states solution' dimana masyarakat yahudi diberi 55% tanah Palestin. Perkara ini tidak boleh diterima logik akal kerana lebih banyak tanah diberikan masyarakat minoriti yahudi (30% daripada population dan pemilikan tanah hanya 6%) yang majoritinya berhijrah ke Palestin hanya beberapa tahun sebelum itu. Sebagai rakyat asal dan majoriti, masyarakat arab palestin sudah pasti akan menolak cadangan resolusi ini. Beberapa negara arab juga mengusulkan agar Resolusi 181 ini dicabar di mahkamah antarabangsa, namun cadangan mereka tidak dilayan.
Pembersihan etnik oleh tentera Zionist
Pada pandangan Zionist, resolusi 181 masih lagi tidak mencukupi walaupun secara jelas telah menyebelahi mereka. Ideologi Zionist secara jelas mahukan negara ekslusif hanya kepada bangsa yahudi di Palestin yang pada ketika itu diduduki oleh 1.2 juta rakyat asalnya. Dengan kata lain, yahudi hanya akan mendapat majoriti dengan melakukan pembersihan etnik (ethnic cleansing) terhadap penduduk asal Palestin.

Oleh sebab itu, bermula Disember 1947, pihak Zionist mula menyerang perkampungan Palestin dengan tujuan provokasi dan menimbulkan huru hara. Namun, dari Mac - Oktober 1948, pihak Zionist telah mengambil keputusan untuk melancarkan Plan Dalet (Plan D) yang merupakan plan penghapusan etnik secara sistematik dan besar-besaran. Ini dilakukan oleh 12 brigade tentera Zionist yang mendapat arahan terus daripada David Ben Gurion dan beberapa pemimpin Zionist lain (the consultancy). Matlamat mereka adalah jelas iaitu menyerang, menakluk, menghapus dan mengusir rakyat Palestin.
Nakba adalah impak terus daripada penghapusan etnik yang dilakukan oleh Zionist. Dalam masa 7 bulan sahaja, kira-kira 800,000 daripada 1.2 juta rakyat Palestin (65%) diusir daripada tanah air mereka. Melalui Plan Dalet ini jugalah berpuluh-puluh pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan terhadap rakyat Palestin. Rumah mereka juga dirobohkan dan aset serta perniagaan mereka dirampas.
Reaksi masyarakat antarabangsa
Peristiwa pembersihan etnik yang dilakukan oleh tentera Zionist pada 1948 disaksikan oleh pelbagai wartawan antarabangsa, Red Cross dan wakil PBB. Namun, agensi-agensi ini mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan laporan-laporan tersebut dengan pelbagai alasan. Inilah yang dikatakan sebagai 'the conspiracy of silence'. Kebanyakan editor surat khabar di negara barat tidak menerbitkan kebanyakan laporan kerana tidak mahu mengkritik yahudi terlalu awal selepas peristiwa Holocaust (3 tahun sebelum itu). Red Cross pula atas alasan dilema rasa bersalah atas tindakan mereka yang pasif dan tidak mengkritik Nazi semasa peristiwa Holocaust. PBB pula enggan mengakui bahawa cadangan resolusi 'damai' tajaan mereka sebenarnya adalah resepi kepada kegagalan dan malapetaka. Masyarakat eropah ketika itu menutup mata terhadap kezaliman zionist disebabkan rasa bersalah terhadap diskriminasi yang mereka lakukan terhadap bangsa yahudi sebelum ini. Mereka juga tidak mahu digelar sebagai anti-semitic.
Pihak Zionist pada masa yang sama menyebarkan propoganda kepada dunia bahawa bangsa yahudi berada dalam keadaan genting dan di ambang Holocaust ke-2 (Second Holocaust) di tangan barbaric arab.
Penutup
Pengusiran rakyat Palestin yang dilakukan Zionist pada 1948 telah menimbulkan isu pelarian Palestin. Kini, setelah 64 tahun, pelarian Palestin dianggarkan kira-kira 6 juta dan ini merupakan isu pelarian paling lama dan paling besar dalam sejarah dunia. Kezaliman Zionist juga tidak tamat hanya pada 1948. Perampasan tanah palestin, pembunuhan dan pembersihan etnik berterusan sehingga kini dalam pelbagai bentuk baru. Rakyat Palestin tidak pernah melakukan kezaliman terhadap bangsa yahudi, malah merupakan mangsa kepada projek Zionist. Projek Zionist ini yang disokong oleh kuasa-kuasa barat atas pelbagai kepentingan yang sebahagiannya atas rasa bersalah terhadap kezaliman dan diskriminasi yang mereka lakukan terhadap bangsa yahudi.
Disediakan oleh,
Abdul Rahman Mohmad
Pengarah & AJK Biro Reseach and Training

Monday, 14 May 2012
OFFICIAL STATEMENT BY ISRAA INSTITUTION REGARDING MASS HUNGER STRIKE BY PALESTINIANS
Today, the 14th of May 2012, will be the 27th day of consequtive open ended hunger strike taken by more than 2000 political prisoners detained by terrorist state of Israel. Some of them has been on hunger strike for more than 76 days. They were all detained under the outdated draconian law called 'Administrative Detention Law'. The law states that a person under Administrative Detention could be hold without charge for 6 months and this detention period could be renewed many times over indefinitely. A number or prisoners has been detained for few years using the law.
It has been widely accepted that a hunger striker generally could not survive beyond 60 days of hunger. The body of a will start to break down stored fat at around day five and proceed to break down muscle and vital organs after 3 weeks. Simply said the body would consume itself. The courage and perseverance shown by the prisoners has surpassed even those of Mahatma Ghandi who hunger strike for 21 days as a protest to the British.
Israa Institution wants to express its full support for Palestinian Prisoners Mass Hunger Strike and we strongly urge the Israeli government to fulfil the hunger strikers’ key demands which include:
· Ending the policy of solitary confinement and isolation
· End to the use of administrative detentions
· The restoration of visitation rights to families of prisoners from the Gaza Strip, a right that has been denied to all families for more than 6 years
· Cancelling ‘Shalit’ Law which aims to punish Palestinian prisoners after Shalit’s capture by depriving them of family visits, education and holding them in solitary confinement
· Ending systematic humiliation, including arbitrary strip searches, night raids and collective punishment
We echo the statement by Hamas Leader Khalil al Hayya which said that there will be inevitable consequences to Israel if any of the Palestinian prisoners on hunger strike dies in jail. The detainees has legitimate demands in accordance to human rights declaration for treatment of prisoners.
Israa Institution also which to express disappointment in the lack of coverage on this issue by mainstream media. The mainstream media should give the same moral weight as it does to cover other issues.
Israa Institution also urge supporters to keep spreading the news by using social networking such as Facebook and Twitter. It has been known that Israel succumbed to detainee Khader Adnan’s demands after the news of his 66 days hunger strike gained the world attentions. The twitter hashtag #Khaderexists receive top rating around the world. To show support for the current mass hunger strike please tweet and retweet using hashtag #palhunger.
May Allah grant justice to the oppressed.
Prepared by
Azam Che Idris
Public Relations Officer
Israa Institution
Tuesday, 1 May 2012
Sunday, 29 April 2012
Pengisian Palestin di usrah PG Sheffield
Sheffield, 28/4/2012 - Alhamdulillah, Pengarah Israa, Saudara Abdul Rahman Mohmad telah menyampaikan pengisian bertajuk 'History of Palestine - Israel Conflicts' dalam usrah PG PMPMS (Persatuan Pelajar Melayu Sheffield). Program tersebut diadakan di rumah En. Azwal di Crosspool, Sheffield dan dihadiri kira-kira 12 orang. Program bermula jam 6 ptg dan tamat kira-kira 9 mlm.
Terima kasih di ucapkan kepada pihak PMPMS, host usrah dan para hadiri.
Thursday, 26 April 2012
Hope for Orphans Project update
Israa
Institution / MKP had handed over a total of £5,600 to Takaful for Child
Welfare, Beirut during iLubnan 2012 for sponsorship of 7 orphans in
Gaza for 2 years. The biodata of the orphans have been sent to their respective sponsors. May Allah bless their generosity.
"An orphan's guardian and I (the Prophet) will be as close to each other in paradise as are my two fingers." (Muslim)
"An orphan's guardian and I (the Prophet) will be as close to each other in paradise as are my two fingers." (Muslim)
Sunday, 22 April 2012
Friday, 20 April 2012
Monday, 16 April 2012
Promo program Palestin anjuran iLuvIslam
[advert] Program Palestin anjuran iLuvIslam UK Eire di Southampton.
Saturday, 14 April 2012
Edaran buku Palestin kepada sponsor Bookshelf project
[Pengumuman]
Israa Institution
'Palestine in Our Hearts'
Salam. Alhamdulillah, buku yang diterbitkan oleh al-Zaytouna Centre, Beirut melalui program Bookshelf Israa Institution telahpun diperoleh. Sponsor bookshelf akan dihubungi dan diberi 1 buah salinan buku tersebut dalam masa terdekat. Terima kasih diucapkan kepada sponsor2 Bookshelf Project.
Israa Institution
'Palestine in Our Hearts'
Subscribe to:
Posts (Atom)