Thursday 29 March 2012

Perutusan Pengarah Israa Institution Sempena GM2J 30 Mac 2012


Assalamualaikum wbt,

Israa Institution mengajak warga Malaysia yang berada di UK dan Eire untuk sama-sama menyertai Global March to Jerusalem (GM2J) yang akan berlangsung serentak di seluruh dunia pada hari esok, 30 March 2012. Di London, protest akan diadakan di hadapan kedutaan Israel pada jam 5 pm. Aktivis dari 80 buah negara juga akan berkumpul dan bergerak menuju ke sempadan 'Israel' melalui Jordan, Lubnan dan Mesir.

Kita mahu menyampaikan mesej kepada Israel bahawa masyarakat seluruh dunia tidak kira bangsa dan agama, mahukan segala bentuk kezaliman ke atas rakyat Palestin dihentikan dan hak2 mereka dikembalikan. Dengan popularnya pelbagai media alternatif seperti facebook dan blog, masyarakat antarabangsa sudah terdedah dengan lebih banyak maklumat dan tidak lagi mudah tertipu dengan propaganda2 zionist yang disampaikan melalui media arus perdana antarabangsa yang dikuasai mereka.

Israa Institution menyeru agar setiap daripada kita yang cintakan keamanan dan menghormati prinsip hak asasi manusia supaya berganding bahu dan memainkan peranan masing2 untuk menyemarakkan lagi kempen kesedaran dengan menyertai perhimpunan global ini.

Abdul Rahman Mohmad
Pengarah Israa Institution
Palestine in our heart