Saturday 14 April 2012

£5,725 dijana di Charity High Tea

Nottingham, 1/4/12 - Pada hari Ahad yg lepas telah berlangsung Misi Kasih Palestin High Tea bertempat di Pakistan Centre, Nottingham. Majlis ini yang dianjurkan oleh IKRAM East Midland and South Yorkshire (EMSY) dan Israa Institution bertujuan mengutip dana utk disalurkan kepada pelarian Palestin di Lebanon. Dengan bertemakan ‘Palestine: The Unforgotten Land’ seramai hampir 100 hadirin telah hadir rata-rata dari kawasan Nottingham, Leicester, Loughborough dan Sheffield.

Majlis dimulakan pada pukul 3.30 petang dengan alunan ayat suci Al-Quran oleh saudara Syamil. Kemudian, ucapan alu-aluan oleh Timbalan Penghulu Nottingham Malaysian Community (NMC), saudara Dzulkifli Mukhtar dan diikuti dengan pembentangan Israa Institution (yang dahulunya dikenali dengan Misi Kasih Palestin) oleh pengarah Israa, saudara Abdul Rahman Mohmad. Slot kemuncak ialah perkongsian dari saudara Abdul Azim Ismail, delegasi Misi Board of Trustee Aqsa Syarif to Gaza (B2G) yang berkongsi pengalaman dan ibrah dari kunjungan mereka ke Gaza pada Januari yang lepas.

Slot istimewa auction Hope For Orphans Project (HOPE) berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para hadirin yang hadir. HOPE merupakan satu projek di bawah institusi ISRAA’ yang bertujuan untuk mengutip dana dari orang ramai bagi  menaja anak-anak yatim palestin. Jumlah kutipan dana dari auction HOPE keseluruhannya mencecah £5724.91. Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT.

Sejurus selepas itu, auction barang dijalankan oleh saudara Hosni antaranya, MKP Hi-Tea Mug yang telah berjaya dijual dengan harga tertinggi, iaitu £72. Majlis diteruskan dengan deklamasi sajak palestin oleh saudara Hazwan Ariff Hakimi dan saudara Rasydan Fitri. Para hadirin juga disajikan makanan dan minuman petang sementara berhibur. Terdapat pelbagai jualan barang dan cenderahati palestin dijual dari gerai Friend of Al-Aqsa dan gerai ISRAA’ sepanjang majlis berlangsung. Tidak dilupa juga kelas Tunas Taqwa untuk kanak-kanak dan pertandingan dekorasi kad palestin dan pertandingan mewarna.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada penyampai oleh saudara Ammar b. Abd Rahman, bendahari NMC. Para hadirin bersurai pada pukul 7.15 petang.

Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK dan hadirin yang telah sama-sama memeriahkan MKP Hi-Tea 2012.  Diharapkan pada masa hadapan, usaha-usaha sebegini dapat diperbanyakkan lagi supaya masyarakat mendapat pendedahan tentang isu Palestin dan dapat bersama-sama menyumbang. Semoga Allah merahmati setiap seorang dari kita dan melindungi saudara-saudara kita di Palestin.






Wassalam.

Disediakan oleh,
Shazrina Ngatemin,
Pengarah Program
MKP High Tea