Sunday 19 September 2010

Jurnal 1: Konvoi Aqsa Syarif dan VivaPalestina ke Gaza

Assalamualaikum wbt,



Pada 17 September yang lalu, pihak MKP Sheffield telah bertolak ke Luton, London untuk bersama-sama dengan sukarelawan Malaysia yang akan menyertai Misi Kemanusiaan ke Gaza melalui Viva Palestina Lifeline 5 Land Convoy. Sukarelawan Malaysia terdiri daripada 7 peserta dari Aqsa Syarif Malaysia iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, Hj. Taufik Abdul Rahman, Hj. Abdul Wahab Yahya, Azmi Katiman, Hj. Norazmi Talib, Ustaz Rofadzlin Jusoh dan Yusuf Ahmad. 3 lagi peserta daripada Viva Palestina (VP) Malaysia iaitu Azra Banu, Norazura dan Faizal.

Objektif kehadiran MKP Sheffield ialah untuk

  1. Menyampaikan sumbangan peralatan perubatan daripada MSM EMSY (East Midlands & South Yorkshire). (klik here for details). 
  2. Menyampaikan sumbangan kewangan £1030 daripada pelajar-pelajar Malaysia di UK Eire melalui Tabung Ukhuwwah MSM Appeal. Sumbangan ini adalah untuk membantu menampung kos perjalanan ke Gaza.
  3. Berkongsi pengalaman gerak kerja program Palestin di Malaysia. 
  4. Beramah mesra dan mengeratkan ukhuwwah.
Kami tiba di Guardian Business Park yang menempatkan van/lori konvoi pada pukul 7.30pm. Kesemua peserta konvoi, Ameer MSM, Abdul Azim Ismail, Timbalan Ameer MSM, Azman Ali dan ahli-ahli MSM dari Bath, Loughborough, London and Southampton turut berada di sana. Kira-kira jam 10pm, kami bergerak ke rumah En. Mahfuz di London untuk makan malam. Pada malam itu, kami menginap di B&B milik Pn. Rozita (klik for details). Kami beramah mesra dengan peserta konvoi sehingga jam 2 am dan kemudian tidur. Keesokkan harinya (18 Sept 2010) adalah hari yang ditunggu-tunggu di mana konvoi akan bergerak dari London ke Gaza. Tunggu laporan seterusnya....


Abdul Rahman Mohmad
Misi Kasih Palestin (MKP)
Sheffield