Friday, 24 February 2012
Wednesday, 22 February 2012
A2G2 & B2G: Nasihat Kepada Ahli Politik Islamis Menegnai Isu P...
A2G2 & B2G: Nasihat Kepada Ahli Politik Islamis Menegnai Isu P...: Advice to Islamist Politicians on Palestine/Israel It is perfectly understandable that Islamists recently elected to rule in Tunisia, Moroc...
Monday, 6 February 2012
Time For All to Care (TALC)
Lancaster, 28/1/12 - Isu Palestin pada hari ini ibarat sabut dibawa ombak, kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam. Hanya seketika menjadi tumpuan media, dan kemudian tenggelam tanpa cerita. Deritanya umat Islam di sana kedengaran seperti bermusim, walhal setiap saat mereka di sana ibarat menjadi pelarian di tanah sendiri. Namun sejauh mana masyarakat kita sedar akan hakikat ini.
Bertempat di Cavendich Lecture Theatre, Lancaster University, acara dimulakan pada jam 9.45 pagi di mana para penceramah dan tetamu disajikan dengan hidangan sarapan berupa nasi lemak, karipap dan apam balik, hasil kerjasama warga Lancaster sendiri. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada adik Hannan Che Nordin, surah Al-Israa’, ayat 1-7. Kemudian Ustaz Hilmy Sulaiman memulakan sesi ceramah dengan slot bertajuk "Palestin is ours". Secara ringkasnya, Ustaz telah menerangkan serba sedikit tentang pengenalan bumi Palestin, Palestin dalam Al-Quran dan Hadith, kepentingan dan signifikannya Palestin kepada kita sebagai umat Islam.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan ceramah dari saudara Abdul Rahman Mohmad. Beliau merupakan Pengarah Misi Kasih Palestin(MKP) ,dan merupakan salah seorang ahli delegasi MKP ke Kem Pelarian Palestin di Lubnan 2010. Slot beliau bertajuk "It's the time" dan beliau telah menerangkan serba sedikit tentang peranan kita sebagai saudara seakidah, berkongsi pengalaman beliau sepanjang penglibatan bersama Misi Kasih Palestin termasuk delegasi ke kem pelarian di Beirut. Slot terakhir yang diberi nama "Light for them" telah disampaikan oleh saudara Azman Ali, presiden IKRAM UkEire. Beliau telah berkongsi pengalaman dengan AmanPalestine, AqsaSyarif dan Misi Aqsa2Gaza. Beliau juga telah membuka mata para hadirin tentang apa yang perlu dilakukan oleh kita selaku umat islam, bagi membantu saudara2 seakidah kita di Palestin.
Majlis diserikan dengan persembahan daripada saudara Aizuddin yang telah menyanyikan sebuah lagu bertajuk “Palestine Will Be Free”. Sesi soal jawab berlangsung sebelum majlis ditamatkan dengan upacara penyampaian hadiah oleh Presiden LUMSS, Dr Kamarul Imran. Majlis berakhir jam 4 petang.
Sepanjang majlis TALC ini berlangsung, pihak penganjur telah mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada warga Palestin melalui Misi Kasih Palestin, dan jumlah terkumpul adalah GBP 173.29, EUR 10 dan RM 50. Semoga Allah mengganjari sumbangan tersebut.
Sepanjang majlis TALC ini berlangsung, pihak penganjur telah mengumpul sumbangan untuk disalurkan kepada warga Palestin melalui Misi Kasih Palestin, dan jumlah terkumpul adalah GBP 173.29, EUR 10 dan RM 50. Semoga Allah mengganjari sumbangan tersebut.
Kami mewakili pihak penganjur TALC 2012 mengucapkan jutaan terima kasih buat mereka yang turut sama membantu, secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga mendapat redha Ilahi.
Pengarah program,
Aiman Fikri
Lancaster University
Subscribe to:
Posts (Atom)