Sunday, 28 February 2010

Booth Misi Kasih Palestine di Sheffield Games…

Sheffield 27/2/2010 Sabtu: Alhamdulillah, pihak MKP telah membuka booth jualan barang-barang Palestin semasa berlangsungnya Sheffield Games. Booth MKP dibuka pada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 6 petang. Pelbagai barangan telah dijual seperti merchandise Palestin, muffins Misi Kasih Palestine, halal marshmellow dan produk HPA selain daripada aktiviti utama iaitu kutipan tabung Misi Kasih Palestine.

Sambutan daripada para pengunjung adalah amat menggalakkan. Peluang ini juga telah digunakan untuk mempromosi MKP dan MSM serta memberi kesedaran tentang isu Palestin sebagai isu sejagat dan sokongan bersama. Selain itu pihak kami juga sempat bermuaiyasyah dengan pelanggan dan berkongsi maklumat tentang isu Palestin ini dan perihal Tarbiyyah MSM.

Jazakallahu khairan kepada semua yang terlibat termasuklah yang berpenat lelah membakar muffin dan membuat marshmellow, yang menjaga booth, melayan pengunjung, mengangkat barang dan lain-lain.

Semoga Allah melipatkan ganjaran pahala kita semua.

Sekian, wassalam.

Laporan disediakan oleh Pengarah Projek MKP

George Galloway: To All Malaysians and Muslims




"Any muslims watching this must know that they have a special wajib religious duty to raise their hands, if not their hands their lips, if not their lips at least their heart (from hadith) and their cheque book to aid the Palestinians....." George Galloway (UK Member of Parliament)

Tuesday, 23 February 2010

Jualan semasa Malaysian Bazaar



Alhamdulillah, Misi Kasih Palestin telah berjaya membuka booth di Malaysian Bazaar anjuran KuSheff yang bertempat di St. Andrew Church Sheffield. Selain mengumpul kutipan sumbangan, team MKP2010 juga telah mengadakan jualan merchandise spt Palestine badge, Palestine scaft, hoodies, beg, bendera palestine, dan sebagainya.


Booth ini telah dibuka jam 9.00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 2.00 tengahari. Pihak church St. Andrew tertarik dengan usaha kutipan dan jualan booth MKP2010 pada hari tersebut. Alhamdulillah MKP2010 telah mula membina jaringan baru dengan pihak St. Andrew Sheffield.

Tahniah kepada ikhwah dan akhawat yang terlibat.

Semoga Allah menganjari pahala yang besar diakhirat kelak sebagai amal jariah kita diatas dunia ini.

Sekian, wassalam

Sunday, 14 February 2010

Palestine conference, Manchester… 13/2/2010 Sabtu

Manchester 13/2/2010: Pada 13 Februari yang lalu, ikhwah dan akhawat dari Sheffield telah menghadiri Palestine Conference anjuran FOSIS di University of Manchester. Program tersebut dihadiri oleh kira-kira 450 orang peserta dari seluruh UK dan mula pada pukul 11 pagi dan tamat kira-kira 7 malam.

Speaker terkemuka yang hadir ialah Dr. Azzam Tamimi, Idris Tawfiq, Ismail Patel, Daud Abdullah, John Rose dan Stephen Sizer.

Siri ceramah yang disampaikan seperti ‘The history of Zionism & Palestine; An Overview’, ‘The Gaza Story: From the Beginning’, ‘Christian Zionism and the International Support for Israel’ dan banyak lagi.

Selain itu siri bengkel juga turut diadakan seperti ‘How to lobby the media on Palestine issues’, ‘Political lobbying strategies’ dan perkongsian pengalaman oleh wakil Viva Palestina.

Gerai-gerai menjual merchandise Palestin dan buku-buku tulisan speaker jemputan turut dijual.
Sedikit petikan daripada ceramah Idris Tawfiq:

Semasa beliau pergi ke hospital-hospital untuk melawat warga Palestin yang cedera akibat serangan Zionist, beliau berkata, ‘I never heard they any single of them complaining and saying ‘what should we do after this?’, but what I heard was ‘Subhanallah, Allahuakbar, ….’. (Teringat kisah Bilal yang menyebut ‘ahad, ahad, ahad’ semasa disiksa oleh golongan musyrikin

Jonathan Miller in GAZA...

By Jonathan Miller - Channel 4 News
Updated on 09 February 2009

Jonathan Miller was among the first journalists to enter Gaza after the ceasefire between Israel and Hamas on 18 January. This is a photographic record of what he found.

Click the image below to launch the interactive slideshow.




Suggested Reading

From Beirut to Jerusalem by Dr Ang Swee Chai

Dr Ang Swee Chai grew up supporting Israel. Arabs, she was told, were terrorist. But in 1982, the British media broadcasted the relentless bombing of Beirut by Israeli planes. Shocked, her view of Israel began to change. It was then that she heard of an international appeal for an orthopaedic surgeon to treat war victims in Beirut. The petite woman- she is just under 1.5 meters- resigned her job in London, bade her husband farewell and set out on a journey to civil war Beirut. From Beirut to Jerusalem is the true story of one woman's journey to make the world notice the plight of the Palestinian people.

"Her description of those events in these pages is as immediate as if it had happened yesterday... the close-ups of suffering are, as they always are, priceless." -The Independent, UK

Amazon UK: From £14.53 (as on 14/2/10)
Islamic Book Trust (www.ibtbooks.com): RM 25 / US$ 12

Monday, 1 February 2010

Pengenalan


Salam Ukhuwwah,
Pihak Majlis Syura Muslimun (MSM) Sheffield telah melancarkan satu misi amal yang diberi nama Misi Kasih Palestin (MKP). Misi ini terbahagi kepada 2 aktiviti utama iaitu melancarkan Program Tabung Palestin dan keduanya misi menghantar delegasi ke kem pelarian Palestin di Lubnan.

Tabung Palestin
Objektif utama kami melancarkan Tabung Palestin ini ialah untuk membantu:-
  • meringankan keperitan hidup rakyat Palestin yang menghadapi tekanan hidup disebabkan kekejaman dan kezaliman Zionist atas dasar hak kemanusiaan yang selama ini diketepikan.
  • Pendidikan anak-anak Palestin.
Misi ini akan memberi fokus kepada rakyat Palestin yang tinggal di Kem Pelarian di Lubnan yang kini didiami oleh 360,000 pelarian berdaftar.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke:-


Untuk Warga United Kingdom
Name: MSM Appeal
Sort Code: 403117
Account Number: 31458272
Reference: MKP2010

Untuk Warga Malaysia
Name: Yusuf Johari
Bank: CIMB Bank
Account Number: 14410061973527
*Please email the date and amount of donation to yusufjohari@gmail.com
 
Delegasi ke Kem Pelarian Palestin
 Objektif utama misi ini ialah untuk menyampaikan secara terus bantuan kepada rakyat Palestin melalui pihak berkuasa di sana. Selain itu, misi ini juga bertujuan untuk memberi 'first hand experience', pendedahan serta tarbiyyah (pendidikan) kepada wakil delegasi. Seterusnya, pengalaman yang diperoleh ini akan dikongsi bersama masyarakat Malaysia dan muslim di UK.

Misi ini akan diketuai oleh saudara Yusuf Johari yang merupakan pelajar Masters di University of Sheffield. Beliau mempunyai pengalaman ke kem pelarian Palestin sebanyak 3 kali. Beliau juga pernah tinggal di Syria dan telah mengunjungi banyak negara di Timur Tengah.

Delegasi kami akan bertolak ke sana kira-kira pada bulan September/Oktober 2010. Kos perjalanan delegasi tidak akan menggunakan wang Tabung Palestin.

Semoga Allah memberkati sumbangan dan usaha kita.

"Wahai orang-orang yang beriman!, Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kau dari azab yang pedih?. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui." (As-Saff 10-11)

Ketua Projek,
Abdul Rahman
Mohmad
Sheffield, United Kingdom