Thursday, 23 September 2010

Jurnal 2: Konvoi Aqsa Syarif dan VivaPalestina ke Gaza

Assalamualaikum wbt,

18 September 2010; Sebelum bertolak ke Luton (tempat berkumpul van konvoi), kami sempat bertukar-tukar hadiah dengan sukarelawan konvoi ke Gaza. Pada kira- kira jam 8.45 am, kami tiba di sana. Ketika itu, sudah ramai sukarelawan dari pelbagai negara telah tiba dan sibuk membuat persiapan akhir. Kemudian, kami bersama-masa memasukkan  sebahagian barangan komputer termasuk PC, hard disk, server dan printer ke dalam van sumbangan Aqsa Syarif.

Kami juga mengadakan sesi bergambar bersama sukarelawan konvoi diiringi sorakan "Aqsa Syarif, ViVa Palestina" dll. Suasana menjadi sangat bertenaga dan bersemangat. Kami juga sempat interview beberapa sukarelawan. Sebelum bertolak, masing2 bersalaman dan berpeluk-pelukan antara satu sama lain. Sehari bersama peserta konvoi adalah satu pengalaman yang amat berharga. Terlalu banyak mutiara dan nasihat berguna yang kami peroleh daripada mereka. Kesemua ini menjadikan kami lebih bersemangat untuk menggerakkan lagi program-program Palestin di UK Eire.

Beberapa info mengenai konvoi Misi Kemanusiaan ke Gaza;
  1. Lebih kurang 50 buah van/lori bertolak daripada London. Mereka akan bergabung dengan konvoi lain di France, Italy, Turki dan Syria.
  2. Dijangka lebih kurang 500 buah van/lori penuh dengan barangan akan memasuki Gaza.
  3. Kesemua van/lori ini akan ditinggalkan di sana untuk kegunaan penduduk Gaza.
Kami disini mendoakan agar semua sukarelawan diberi kesihatan yang baik, dijauhkan musibah, diberi kemudahan dan selamat sampai ke sana. Amin.


Abdul Rahman Mohmad
Misi Kasih Palestin
Sheffield