Wednesday, 10 March 2010

Kenapa Lubnan? Kenapa tidak di'wire'kan derma ke Islamic Relief?


Pertama sekali, perlu diterangkan semula kutipan derma disasarkan untuk pelarian Palestin di Lubnan, dan tidak disasarkan untuk disalur ke dalam Palestin itu sendiri. Apapun, 100% derma yang diterima akan diberikan terus pada rakyat Palestin, dan paling penting, ganjaran kita dan nilai disisi Allah tetap sama tidak kira siapa yang menerima.


Kenapa Lubnan dan bukan kem pelarian di Syria, Jordan atau Mesir? Secara asasnya, keadaan pelarian Palestin di Lubnan adalah yang terburuk sekali. Dasar dan pendekatan kerajaan Lubnan bukan sahaja tidak membantu, malah sangat menekan pelarian Palestin. Sebagai pelarian, hak asasi meraka dinafikan dan sekurang-kurangnya 72 jenis pekerjaan (professional dan bukan professional) tidak boleh disertai. Dunia di kem pelarian adalah dunia berbeza dari pusat bandar Beirut (dubbed the pearl of The Middle East).


Kutipan derma akan diberikan pada وقفية الغوث الإنساني للتنمية (Humanitarian Relief for Development Society) yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian di Lubnan, dan/atau مئسسة القدس الدولية (Al-Quds International Institution) ,sebuah organisasi Palestin yang berpusat di Beirut untuk memudahkan pengurusan (berbanding di dalam Palestin sendiri). Kedua-dua organisasi ini mempunyai berbagai projek yang boleh ditaja bergantung pada jumlah derma yang boleh diberi. 
Sebagai contoh, Sekolah Islam Adni, Ampang menaja School Kit Program pada Disember 2005 untuk kanak-kanak pelarian Palestin untuk sesi baru persekolahan.


Seperti yang tertulis di dalam blog MKP, misi Palestin ini terbahagi kepada 2 bahagian utama:
(i) kutipan derma dan jualan+kempen sehingga bulan September
(ii) menghantar delegasi ke Lubnan September/Oktober ini.


Bahagian kedua adalah objektif paling utama kami. Inshaallah, delegasi ke Lubnan akan menjadikan kita umat Islam yang berguna untuk membela penduduk Palestin. Mungkin ramai yang sudah ke Paris, Germany, Turkey, etc., kami di MSM ingin memberi pendedahan yang berlainan yang kemudian boleh dikongsi bersama. Untuk delegasi tersebut, kami merancang kursus intensif Training for Trainers untuk isu-isu Palestin, lawatan ke kem-kem pelarian, sekolah/tadika perlarian Palestin, organisasi-organisasi Palestin, etc.


Duit derma dari masyarakat UK (khususnya Malaysia) umpama buah tangan dari kita, mewakili tanda persaudaraan dan sokongan bagi yang tidak turut serta. Memang jauh lebih mudah untuk di "wire" sahaja duit tersebut.. tapi saya yakin kita semua boleh lihat bezanya antara menghantar 10 delegasi, dan menghantar 10 delegasi dan juga £10,000. Jumlah kecil atau besar soal kedua. £5,000 atau £10,000 itu hanya sasaran. Apa yang kita dapat akan dibawa bersama...


Alhamdulillah, setakat ini Al-Zaytouna Centre for Studies and Consultations, Beirut berbesar hati untuk menerima delegasi MSM September/Oktober ini.


Allahualam. Wassalam.

Yusuf Johari.