Sunday, 1 November 2009

Palestin: Dulu & Kini, Apa peranan kita?

Sheffield, 31/10/09 - Alhamdulillah, ceramah palestine telah berjaya dianjurkan dengan anjuran bersama MSM Sheffield dan Persatuan Postgrade Melayu Sheffield (PMPMS) bertempat di Muslim Welfare House Sheffield, Severn Road, Sheffield, S10 2SU bertarikh 31/10/2009. Program ini bermula pada jam 8.00pm dan berakhir jam 10.15pm.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Maszlee Malik bertajuk “Palestin: Dulu & Kini, Apa peranan kita?” - Beliau adalah pensyarah UIA yang kini sedang melanjutkan pengajian PhD di University of Durham dalam bidang Good Governance - Blog & laman web : http://maszleemalik .blogspot. com/ & http://palestinkini .info/ (penaung), - Antara tajuk buku yang ditulis oleh beliau: Fikah Luar Negara, Hikmah Hati, Air Mata Gaza.

Antara intipati ceramah beliau:
  • Sokongan yang padu rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini..
  • Peranan kita sebagai individu yang menyokong perjuangan rakyat Palestine
  • Penglibatan yang bersungguh-sungguh yang telah dimulakan oleh Jemaah Islah Malaysia – Jim Internasional dalam isu Palestine
  • Peranan Palestine Centre of Excellance (PACE) – http://www.pacemalaysia.net/
  • Penglibatan kerajaan dan parti politik, NGO’s Malaysia dalam isu Palestine
  • Sejarah perjuangan rakyat Palestin - Intifadah
  • Perjuangan HAMAS – kesedaran rakyat Palestine tentang latar-belakang kehidupan pemimpin HAMAS, kematian Syeikh Ahmad Yasin dan Ar Rantisi. Berbanding kehidupan Mahmud Abbas dengan Istananya.
  • Pergolakkan FATAH dan HAMAS
  • Isu tembok Palestine – siapakah pembekal simen kepada Israel
  • Usaha kutipan tabung Palestine secara berterusan – kreatif program bersama penduduk tempatan
  • Cuba libatkan diri dengan community setempat. Rugi kalau kesini setakat buat PhD dan tidak peduli dan libatkan diri dengan society tempatan.
  • Adakan lawatan ke Kem pelarian Palestin dan melihat sendiri kesengsaraan mereka.
  • Pendidikan yang menjadi fokus dan tanggungjawab utama rakyat Palestine – Bagaimana mereka dapat mengekalkan identiti mereka sebagai warga Palestine walau dimana mereka berada.
Kehadiran warga Melayu disini sekitar 30 orang (lelaki & perempuan termasuk anak-anak) telah memberikan impak yang besar ke atas sokongan kepada perjuangan warga Palestin di dalam menuntut kebebasan hak kemanusiaan dan pembebasan Masjid Al Aqsa yang tercinta.

Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul semasa program ini ialah sebanyak GBP39.94. Insyaallah akan diserahkan kepada MSM Pusat untuk Tabung Palestin dan tindakan selanjutnya.

Sekian…