Monday, 2 July 2012

Book review #1: A History of Palestinian Resistance


Tajuk : A History of Palestinian Resistance
Penulis : Daud Abdullah
Harga : £5.95 (Amazon UK)
Halaman : 146 muka surat

Secara keseluruhan, buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pembaca termasuklah yang tidak mempunyai 'background knowledge' mengenai isu Palestin. Buku ini memberi fokus kepada perjuangan pembebasan Palestin sejak dari mandat British hinggalah perjanjian Oslo pada 1993. Peranan negara-negara Arab (mesir, jordan, syria, lebanon), Liga Arab, Muslim Brotherhood, United Nation, USA dan British semasa peristiwa Nakba juga diterangkan secara detail. Selepas peristiwa Nakba, perjuangan pembebasan Palestin bertukar arah dan dijuarai oleh negara-negara Arab. Faktor-faktor kelahiran Fatah, PLO dan bagaimana Fatah mendominasi PLO juga dikupas. Buku ini juga menjelaskan modus operandi Fatah dan bagaimana tercetusnya pergeseran antara PLO dan negara-negara Arab yang akhirnya menyebabkan peperangan sesama mereka. Perubahan polisi Fatah daripada 'armed struggle' kepada diplomasi dan 'total liberation' kepada 'national authority' juga dikupas. Disebabkan ulasan buku ini terhad sehingga 1993, peranan Hamas tidak disentuh secara menyeluruh. 

Buku ini bukan sahaja menceritakan kronologi sejarah, malah turut menjelaskan sebab berlakunya peristiwa tersebut. Ini memudahkan pembaca memahami dan seterusnya 'appreciate' peristiwa tersebut.

Tuesday, 12 June 2012

Laporan program Gaza2Manchester

Manchester, 8/6/12 - Sebuah program berbentuk forum  bertajuk ‘Gaza2Manchester’ telah diadakan di Khaled Said Room, University of Manchester Student Union. Forum anjuran Israa Institution ini menampilkan 2 orang panelis hebat iaitu saudara Abdul Azim Ismail dan saudara Umar Ismail bersama saudara Saifullah Suhairi bertindak sebagai moderator. Program yang dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ini telah sedikit sebanyak memberi informasi yang berguna kepada hadirin berkenaan perjuangan kita sebagai umat Islam untuk membebaskan bumi barokah Al-Quds.

Sesi 2 jam ini sarat diisi dengan perkongsian pengalaman ahli panel yang baru sahaja mengunjungi Gaza beberapa bulan yang lepas. Umar Ismail telah menyertai rombongan bersama Misi Haluan Palestin dalam usaha menyalurkan bantuan kepada penduduk di sana sementara Abdul Azim Ismail pula telah pergi ke Gaza bersama Board of Trustee Aqsa Syarif  dalam program Board to Gaza. Dua misi yang berbeza ini sudah pasti menggambarkan pengalaman yang berbagai dan telah menjadikan forum kali ini lebih menarik.

Antara isi penting forum ini ialah mengajak semua hadirin untuk sama-sama merasai urgunsi menyertai perjuangan yang telah dijanjikan kemenangan oleh Allah ini. Setiap daripada kita sudah pasti tidak mahu ketinggalan dalam menyumbangkan apa yang termampu baik dari segi material dan juga doa yang tidak putus-putus kepada saudara kita di bumi Palestin. Ahli panel juga berkongsi bagaimana masyarakat non-muslim juga telah lama bersungguh-sungguh berkempen dalam isu ini. Malulah kita sebagai umat islam jika tidak turut serta dalam perjuangan yang mulia ini.




Disediakan oleh,
Abdur Rahim Abdur Rahman
Pengarah Program
Gaza2Manchester

Monday, 11 June 2012

Sesi perkongsian pengalaman di Gaza oleh Ustaz Lokman Awang


London, 11/6/12 - Kira-kira 80 ahli IKRAM UKE telah menghadiri sesi perkongsian pengalaman di Gaza oleh Ustaz Lokman Awang (Pengerusi Aqsa Syarif Terengganu & YDP IKRAM Terengganu). Beliau turut serta dalam konvoi ke Gaza pada Mei lalu.

Kutipan derma sebanyak £522 dan €62 berjaya dikumpul. Presiden IKRAM UKE, saudara Azman Ali telah menyerahkan kutipan derma tersebut kepada Ustaz Lokman di akhir program.

Penyerahan derma OFOL £3,680

Kajang, 6/6/12 - Wakil Israa Institution, Saudara Mus'ab Shaharom dan Saudari Wan Maisarah Abd Rahman telah menyampaikan sumbangan derma Palestin untuk projek One Family One Lamp (OFOL) kepada Aqsa Syarif. Jumlah derma masyarakat Malaysia di UK dan Ireland yang berjaya dikutip adalah sebanyak £3,680. Jumlah ini membolehkan 245 buah lampu solar ditaja untuk penduduk Gaza. Tahniah dan terima kasih kepada para penyumbang!